RAKYAT MALAYSIA WAJIB MENDUKUNG TINGGI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

2.4k
SHARES
14k
VIEWS

Seluruh warganegara wajib mendukung tinggi Perlembagaan Persekutuan

Bagi mereka yang teringin melihat Perlembagaan Persekutuan dihapuskan, mereka sebenarnya tidak layak tinggal dalam negara aman damai yang menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai tunjang utamanya.

Ini kerana mereka sendiri telah ‘melancarkan perang’ terhadap teras negara ini.

Jika masih tidak ingin mematuhi Perlembagaan negara maka majoriti rakyat negara ini terpaksa bertegas kerana tidak mahu melihat mereka semakin berani untuk menghapuskan Perlembagaan yang dipatuhi dan dihormati sejak sekian lama oleh semua kaum.

Maka kami;

  • Rakyat Malaysia yang mempercayai agama dan saling menghormati kepercayaan masing-masing tidak mampu mengikuti kehendak mereka yang mengkhianati janji yang termeterai sejak sekian lama
  • Rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara tidak lagi boleh bertoleransi dengan penghinaan terhadap Yang Di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu kami
  • Rakyat Malaysia yang menjunjung tinggi keluhuran Perlembagaan tidak lagi berasa yakin dengan mereka yang mengengkari Perlembagaan Persekutuan termasuk ingin menghapuskan ‘Bumiputera’ seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Setapak
  • Rakyat Malaysia yang mendaulatkan undang-undang tidak lagi berasa mampu untuk bersetuju dengan mereka yang menghalalkan pelbagai cara demi untuk memuaskan nafsu besar mereka
  • Rakyat Malaysia yang mengutamakan kesopanan dan kesusilaan tidak lagi berasa selesa untuk hidup bersama dengan mereka yang semakin biadap dan sengaja menyakiti hati dan perasaan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dengan pelbagai cara

Ini bukanlah ciri-ciri warganegara yang baik kerana sikap mereka hanya melebarkan jurang sedia ada yang dicipta sendiri oleh mereka

Maka seluruh rakyat Malaysia yang mendokong prinsip-prinsip di atas berasa kasihan dengan ‘tertindas’nya mereka yang asalnya pendatang ini sehingga berjaya menjadi kaya-raya dan memiliki pelbagai empayar perniagaan hasil dari kemakmuran dan kesaksamaan dalam Perlembagaan di negara ini.

Mereka yang tidak mahu patuh dengan Perlembagaan Persekutuan ini hanya mempunyai dua pilihan  sahaja iaitu;

1. Mencari negara lain yang tidak mempunyai Perlembagaan Persekutuan

Rakyat negara ini yang mendukung tinggi Perlembagaan rela dan mengalu-alukan mereka sekiranya teringin untuk mencari negara lain yang tidak mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara di atas jika itu yang lebih baik bagi mereka.

Rela dengan sepenuh hati jika mereka ingin berhijrah dengan membawa keluar seluruh kekayaan mereka kerana negara ini tidak mampu lagi bertoleransi dengan mereka yang semakin rakus ingin merampas hak orang Melayu dan anak-anak Sabah dan Sarawak yang dijamin Perlembagaan.

2. Patuhi Perlembagaan jika ingin terus tinggal di negara ini

Namun jika mereka masih memilih untuk tinggal di negara ini sama seperti kaum asal yang lain, maka;

Mereka diwajibkan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan mematuhi undang-undang sama seperti rakyat Malaysia lainnya, yang tidak pernah seincipun mengambil hak mereka.

Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak semua kaum tanpa bertoleransi dengan sebarang penindasan ataupun diskriminasi kaum.

Jika mereka tetap bersangka buruk dengan rakyat dan negara ini yang ‘menindas’ serta kononnya merekalah yang membangunkan negara ini, maka kami rela semuanya pergi meninggalkan kami dan kami akan terus membangunkan negara ini.

Namun relakah mereka dengan pilihan pertama ini?

Tentunya tidak, kerana mereka tahu tiada mana-mana negara di dunia ini yang akan bertoleransi dengan mereka yang bersikap “sudah diberikan betis, inginkan paha” sebegini.

Maka patuhilah Perlembagaan jika ingin terus tinggal di negara ini. Jika tidak mahu juga, pihak berkuasa wajib berkeras terhadap mereka kerana melakukan pengkhianatan terhadap Perlembagaan dan cubaan menghuru-harakan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts