PUAD: GUAN ENG MESTI JAWAB FB NAJIB

427
SHARES
2.5k
VIEWS

GUAN ENG MESTI JAWAB FB NAJIB

Mohd Puad Zarkashi

13 November 2018

Sejak hari Ahad, ada lima posting DS Najib yang wajar diulang tayang kerana gagal dijawab oleh Lim Guan Eng. Mungkin beliau tidak berani jawab kerana alasan hutang RM1 trilion dan Jho Low bawa lari RM50 bilion tidak lagi laku. Nanti dia akan dicop sebagai Menteri Kewangan gila pula.

Pertama, projek Myhomefund. Ternyata Guan Eng gagal memahami denyut nadi rakyat. Ini perumahan untuk menguntungkan pemaju. Bayangkan deposit rumah yang perlu dibayar ialah RM100 ribu. Siapa yang mampu terutama untuk anak muda atau pembeli rumah kali pertama. Penjawat awam jangan mimpilah.

Mungkin Guan Eng terbawa bawa perangai lama masa jadi CM Pulau Pinang. Dia bina rumah mampu milik berharga RM400 ribu sebuah. Itu rumah mampu tengok.

Kedua, apabila syarikat penarafan kredit antarbangsa Moody’s downgrades penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif, mengakibatkan Ringgit Malaysia jatuh. Hari ini jatuh kepada RM4.20. Bahkan ia menambah tekanan terhadap reserve antarabangsa negara yang terus menyusut setiap bulan sejak PRU-14.

Kenapa itu berlaku? Ramai yg tidak tahu bahawa Kerajaan PH telah meratah duit Petronas untuk membayar dividen iaitu RM26 bilion untuk tahun 2018 dan RM54 bilion tahun 2019. Ini jauh berbeza dengan Kerajaan BN yang hanya menggunakan RM16 bilion pada tahun 2017.

Itulah gara-gara kesilapan menamatkan GST dan diganti dengan SST yang tidakpun menurunkan harga barangan. Kini Kerajaan PH mahu menjual aset PNB pula untuk mencari duit.

Ketiga ialah kenyataan YB Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan) bahawa hanya 1 peratus sahaja hartanah di Malaysia dimiliki warga asing. Sebelum ini mereka menuduh BN mahu jual negara sehingga sanggup mensabotaj projek Forest City di Johor. Hutang negara juga dikatakan menjual negara. Apakah Bon Samurai RM7.4 bilion bukan menambah hutang negara?

Keempat ialah survey yang dibuat oleh akhbar The Star sama ada rakyat berpuas hati dengan Bajet 2019. Amat mengejutkan 79% rakyat tidak berpuas hati. Patutlah harga saham terus menjunam hingga bawah 1700 mata pada hari ini. Bukan itu sahaja beberapa ekonomis juga mengkritik Bajet 2019 yang dikenali sebagai “Bajet Lim Guan Eng”. Guan Eng sudah tentu tidak tidur lena di atas dapatan survey tersebut.

Dan yang terakhir, DS Najib komen ucapan Tony Pua ‘punahsihat’ ekonomi kepada ‘Menteri 1 trilion Dollar Man’. Tony Pua berucap berdegar-degar di Parlimen kononnya harga barangan kini turun kerana SST.

DS Najib tanya, di planet mana YB?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts