KELUHAN PENEROKA DAN PEKEBUN KECIL

567
SHARES
2.6k
VIEWS

KELUHAN PENEROKA DAN PEKEBUN KECIL

Di kala rakyat memilih Gabungan Pakatan Harapan untuk memerintah negara ini, rata-rata rakyat mengharapkan satu kehidupan yang lebih baik dan terjamin.

Di kala Bajet PH 2019 dibentangkan oleh Lim Guan Eng, Menteri Kewangan berbangsa Cina setelah sekian lama jawatan tersebut milik orang Melayu, rakyat luar bandar tetap mengharapkan Kerajaan Pakatan tidak akan melupakan mereka, yang kebanyakan terdiri daripada peneroka, nelayan, petani dan pekebun kecil.

Rupa-rupanya harapan hanya tinggal harapan.

Kepimpinan Kerajaan Pakatan ini rata-rata datang dari orang-orang kaya dan ternama. Atuk, bapa dan anak-anak orang-orang kaya belaka.

Manakala, Menteri Kewangan berbangsa Cina (DAP) pula tidak mengambil kisah duka dan lara nasib orang-orang Melayu di kampung dan di luar bandar.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir yang datang dari keluarga elit dan ternama, menyarankan agar rakyat terutamanya orang-orang Melayu perlu berdiri di atas kaki sendiri. Kerajaan Pakatan tidak akan meneruskan budaya memberi insentif kepada nelayan, penoreh getah dan peneroka sawit yang terjejas pendapatan akibat harga komoditi jatuh atau akibat musim tengkujuh, seperti yang dilakukan oleh Kerajaan BN terdahulu.

Sebulan dua ini, pekebun-pekebun kecil sawit kini berjumlah lebih daripada 650 ribu orang, sudah mula merasakan gundah-gulana kerana harga komoditi sawit merudum jatuh di pasaran. Kini harganya hampir-hampir mencecah harga kos pengilangan (manufacturing cost).

Sebulan dua ini juga, penoreh dan pemilik kebun getah, mula merasakan kesempitan untuk hidup, apabila harga getah juga menjunam jatuh.

Kerajaan Pakatan Harapan ini dipimpin oleh orang-orang kaya, yang tidak pernah kenal apa itu erti kesusahan.

SELAMA INI UMNO DAN BARISAN NASIONAL menjadi sandaran untuk orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia luar bandar yang datang dari golongan nelayan, petani, penoreh getah, pekebun kecil dan peneroka sawit.

Sesungguhnya, hari ini mereka menangis menitiskan air mata, mengenangkan nasib mereka dan keluarga. Mereka juga bersedih mengenangkan apa akan terjadi kepada masa depan mereka.

Sesungguhnya ada di kalangan mereka merasakan telah tersalah pilih semasa PRU-14 yang baru lalu. Pilihan antara Kerajaan Najib Razak dan Kerajaan Mahathir Guan Eng.

Mereka Mengharapkan:

SINAR YANG LEBIH TERANG, TETAPI SEBALIKNYA GELAP-GELITA YANG MENDATANG.

Salam.

DSBA

14 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts