FARID KAMIL: LOKMAN ADAM BODOH, ARTIS MAKAN RASUAH

415
SHARES
2.4k
VIEWS

Seorang pelakon kontroversi, Datuk Farid Kamil yang sebelum ini mendakwa dirinya dianiaya oleh tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga dia bertindak di luar kawalan di Balai Polis Kota Damansara bulan lalu.

Beberapa hari lepas dalam sesi wawancara yang bersiaran secara langsung melalui sebuah program televisyen, Farid mendakwa beliau cuba dirasuah sebanyak RM5 juta bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Berikutan tuduhan tersebut, satu laporan polis telah dibuat ke atasnya kerana menipu dan memfitnah Najib serta isterinya.

Farid kemudiannya turut memberikan maklum balas atas laporan polis ke atas beliau tersebut dengan membuat pelbagai tuduhan lain.

Tuduhan Pertama:

Lokman Adam bodoh kerana tidak melaporkannya kepada SPRM

Fakta tuduhan:

  1. Farid Kamil adalah individu yang sepatutnya membuat laporan ke SPRM kerana ia berkaitan perihal cubaan memberi rasuah kepadanya
  2. Sebaliknya Farid Kamil akan kelihatan bodoh jika melaporkannya kepada pihak polis kerana ia di luar bidang kuasa mereka untuk menyiasat
  3. Lokman Adam melakukan perkara yang sepatutnya iaitu melaporkannya kepada pihak polis kerana mereka akan menyiasat perkara tersebut mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan tohmahan atau fitnah.
  4. Sebaliknya Lokman Adam akan kelihatan bodoh jika melaporkannya kepada pihak SPRM kerana laporannya ke atas Farid Kamil bukannya laporan rasuah tetapi atas dasar tohmahan ataupun fitnah

Persoalan:

  • Kenapa Farid tidak menyemak fakta sebelum mengatakan orang lain sebagai bodoh?

Tuduhan Kedua:

Farid mendakwa mempunyai bukti kukuh termasuk gambar pemberi rasuah dan lokasinya di Mandarin Oriental

Fakta tuduhan:

  1. Farid perlu melaporkannya kepada pihak SPRM dengan membawakan bukti secukupnya
  2. Beban pembuktian adalah di atas bahu tertuduh, Farid wajib membawakan bukti untuk memudahkan pihak SPRM melakukan siasatan, jika tidak ia hanyalah andaian liar beliau yang berasaskan ‘cakap-cakap’ sahaja
  3. Gambar beliau dan Datuk Seri yang dimaksudkan serta lokasi tidak menunjukkan sebarang bukti apa-apa melainkan beliau mempunyai bukti video atau audio yang jelas yang membuktikan tawaran rasuah lima juta tersebut benar-benar berlaku, mungkin hanya peminat beliau

Persoalan:

  • Apakah motif Perdana Menteri Malaysia ketika itu ingin merasuah Farid dengan satu jumlah yang sangat besar jika hanya untuk “memaafkan beliau dan isterinya”?
  • Apakah keistimewaan Farid atau apakah yang Najib dan Rosmah telah lakukan ke atas beliau?

Tuduhan Ketiga:

Farid mendakwa ada beberapa artis “yang disenyapkan dengan wang” agar tidak berpaling daripada kerajaan ketika itu (Barisan Nasional)

Fakta tuduhan:

  1. Farid perlu melaporkannya kepada pihak SPRM dengan membawakan bukti secukupnya
  2. Beban pembuktian adalah di atas bahu tertuduh, Farid wajib membawakan bukti untuk memudahkan pihak SPRM melakukan siasatan, jika tidak ia hanyalah andaian liar beliau yang berasaskan ‘cakap-cakap’ sahaja
  3. Tuduhan beliau tidak membuktikan apa-apa melainkan jika beliau mempunyai bukti kukuh yang membuktikan pemberian rasuah tersebut benar-benar berlaku

Persoalan:

  • Apakah motif beberapa artis yang disogok oleh Barisan Nasional dan apakah keistimewaan mereka?
  • Apakah tugasan mereka apabila menerima sogokan tersebut?
  • Kenapa Farid tidak terus melaporkan perkara tersebut sebaik sahaja nampak atau mengetahui perkara tersebut kerana ia boleh merosakkan industri hiburan negara?

Timbul juga persoalan berkaitan dirinya sendiri iaitu;

  • Adakah ini cubaan Farid untuk kembali mendapatkan perhatian setelah namanya tercemar ekoran insiden mengamuk di balai polis sebelum ini?
  • Apakah motif beliau cuba mengambil hati kerajaan Pakatan Harapan yang juga turut membuat pertuduhan dan dakwaaan semberono?
  • Kenapa Farid suka memburuk-burukkan rakan artisnya sendiri?

Sebagai rekod, awal tahun ini Farid turut membuat laporan tentang banyak perkara ketika ditahan oleh pihak polis atas insiden beliau mengamuk di balai polis Kota Damansara dan turut didapati positif dadah jenis ganja ketika ditahan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts