RAFIDAH AZIZ MAHU SERTAI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

381
SHARES
2.2k
VIEWS

RAFIDAH AZIZ MAHU SERTAI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Berita sensasi terkini, Rafidah mahu masuk parti Bersatu.

Dr. Mahathir mengalu-alukan kemasukan Rafidah.

Mukhriz juga mengalu-alukan kedatangan Rafizah berhijrah ke parti Bersatu.

RAFIDAH BERKATA:

“Kemasukan saya ke Parti Bersatu adalah dengan kehendak sendiri. Jangan samakan saya macam Tok Pa (Mustapa Mohamed). Jangan letak saya dalam satu kumpulan dengan Tok Pa.”

“Saya hendak masuk Bersatu atas pilihan saya sendiri bukan mengikut sesiapa yang bodoh.”

ULASAN

Wahai Sang Bekas Menteri, janganlah bersikap sombong, bongkak dan takbur.

Sesungguhnya, lebih 22 tahun sebagai Menteri MITI dan 7 tahun sebagai Menteri Perusahaan Utama (Public Enterprise) dan sebagai Ahli Parlimen wanita paling lama iaitu selama 35 tahun semenjak 1978 hingga 2013. Kenaikan dirimu adalah di atas sokongan dan dorongan wanita-wanita UMNO, yang memperjuangkan nasib politik dirimu. Tanpa sokongan wanita-wanita ini, pasti kamu tidak akan berada di atas puncak yang tinggi.

Rakyat masih ingat pada tahun 2006, Dr. Mahathir semasa itu mengkritik Rafidah mengenai skandal rasuah Import Permit (AP) kereta dari luar negara kepada hanya 2 individu yang paling banyak mendapat AP.

Dr. Mahathir ketika itu mempersoalkan kenapa Pak Lah (PM) masih menyimpan Rafidah di dalam Kabinet sebagai Menteri MITI.

Kes skandal AP ini baru 12 tahun berlalu. Seperti kes siasatan dan tuduhan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Rakyat ingin mencadangkan kepada Dr. Mahathir (PM) sebelum menerima keahlian Rafidah ke dalam parti Bersatu, Rafidah perlu disiasat dahulu oleh SPRM mengenai kes skandal AP kereta ini. Untuk menentukan Rafidah benar-benar bersih.

Parti Bersatu harus pastikan ahli politik yang masuk ke dalam parti mereka, adalah orang yang benar-benar bersih dan bukan mengikut orang yang bodoh.

Diharapkan cadangan ini mendapat perhatian Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang.

Sekadar cadangan.

Salam.

DSBA

10 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts