ISU ICERD: ADAKAH MELAYU BUMIPUTERA MELAKUKAN PENINDASAN SEPERTI DI MYANMAR?

476
SHARES
2.8k
VIEWS

Persoalan di atas wajar ditanya kepada penyokong dan pemuja Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan P. Waytha Moorty.

Waytha yang membangkitkan isu ini dan Mujahid pula kononnya ingin menjadi juara dengan menawarkan diri untuk memberi penjelasan bagi sesiapa yang tidak faham mengenai isu ICERD. Tetapi apabila ditemui oleh pelbagai kumpulan NGO sebelum ini, beliau hanya mencatat nota dan berjanji akan membawakan perkara tersebut ke pihak kerajaan, tanpa memberi penjelasan.

Apakah rasional ICERD ingin ditandatangani?

Apakah terdapat keperluan mendesak sehinggakan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat terlalu beriya untuk meratifikasi perkara tersebut yang dikatakan akan dilaksanakan pada 2019, seolah-olah selama ini negara kita melakukan diskriminasi dan penindasan  terhadap kaum lain.

Buktikan Melayu Bumiputera menindas kaum minoriti

Adakah Melayu Bumiputera yang menjadi kaum majoriti sedang melakukan kekerasan seperti di Myanmar? Mereka bukan sahaja menghalau malah memperkosa dan membunuh kaum Rohingya yang mereka katakan sebagai pendatang. Adakah perkara ini sedang berlaku di negara ini?

Adakah Melayu Bumiputera sedang menindas kaum Cina, India dan lain-lain kaum sehinggakan mereka mampu menguasai ekonomi dan menjadi kaya-raya melebihi kaum asal yang berada di negara ini?

Adakah Melayu Bumiputera di negara ini sedang merampas kekayaan dan perniagaan kaum-kaum lain yang datang ke negara ini dan diberikan kerakyatan suatu ketika dahulu?

Tidakkah mereka tahu bersyukur bahawa Melayu Bumiputera di negara ini tidak pernahpun mempersoalkan kenapa mereka lebih kaya daripada Melayu Bumiputera sendiri sedangkan mereka bukan majoriti?

Mereka tahu Melayu Bumiputera tidak menindas, tetapi mahukan lebih lagi?

Ini sikap tamak yang menguasai mereka yang mahukan ICERD dilaksanakan di negara ini, jika tidak, apakah rasionalnya sedangkan tiada sebarang penindasan dan diskriminasi sedang berlaku, malah seolah-olah merekalah yang menindas kaum Melayu dan Bumiputera dengan menguasai ekonomi, perniagaan dan kini menguasai politik.

Kaum minoritilah yang mempertikai hak-hak Melayu Bumiputera termasuk urusan agama Islam

Malah mereka yang minoriti ini juga mempertikaikan hak-hak Melayu Bumiputera di negara ini dan apa yang lebih memualkan mereka juga mencampuri urusan agama Islam dengan mempertikaikan pelbagai perkara termasuk laungan azan dan kalimah Allah sedangkan kaum Melayu Bumiputera sendiri tidak pernah mempertikai amalan kepercayaan ataupun bagaimana mereka beribadat.

Tidakkah mereka boleh menghormati agama Islam seperti mana umat Islam menghormati kepercayaan mereka dan sedikitpun tidak pernah kita persoalkan?

Melayu Bumiputera yang oportunis

Kaum minoriti menggunakan segelintir Melayu Bumiputera di negara ini yang tahu mengambil peluang dan manfaat habuan daripada mereka. Melayu Bumiputera di negara ini dilemahkan dengan segelintir ‘barua’ yang beriya-iya mahukan ICERD dilaksanakan sedangkan negara makmur dan aman damai sejak Merdeka.

Namun kejatuhan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini digunakan sebaik mungkin untuk merasionalkan semua perkara walaupun kononnya mereka mendakwa keistimewaan Bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu dan Islam tidak akan terjejas sekiranya ICERD dimeterai.

Seperti dakwaan Mujahid yang ‘serba tahu’ iaitu;

“Ini bermakna jikalau kita menandatangani atau melakukan ratifikasi ICERD ia tidak akan mengubah apa yang sudah sedia ada diamalkan kecuali apa-apa undang-undang yang berkaitan mesti dibawa ke Parlimen.”

Adakah Mujahid tidak sedar bahawa mengikut tafsiran ICERD;

Negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa/kaum (racial diskrimination).

Negara tersebut tidak boleh langsung ada undang-undang yang mendiskriminasi mana-mana kaum dan bangsa.

Perkara 153 yang memberi keistimewaan kepada Bumiputera dikatakan bercanggah dengan Perkara 2.2 ICERD, namun mengikut tafsiran ICERD, ia mengatakan bahawa;

Sebarang langkah untuk membangunkan atau melindungi kumpulan kaum tertentu harus dihentikan selepas tempoh masa tertentu.

Pemeterai (Malaysia) wajib menggunakan dasar-dasar tindakan afirmatif “sekiranya wajar” dan dalam satu tempoh masa tertentu bagi menjamin hak asasi dan kebebasan kumpulan kaum tertentu yang sebelumnya mengalami diskriminasi.

Adakah ini bermakna melalui ICERD, Perlembagaan akan diubah?

Walaupun Mujahid memberikan jaminan keistimewaan Bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu dan Islam tidak akan terjejas, tetapi siapalah Mujahid? Beliau bukan pakar perundangan antarabangsa dan bukanlah pakar Perlembagaan.

Perlu diingat, negara kita hanya melaksanakan apa yang telah dipersetujui sejak sekian lama melalui Kontrak Sosial, apabila pendatang dibenarkan menetap dan menjadi warganegara dan tidak pernah berlaku sebarang diskriminasi kaum sejak dahulu.

13 Mei berlaku kerana provokasi bukan penindasan kaum

Ketegangan kaum dan rusuhan pada 13 Mei 1969 adalah kerana provokasi parti DAP yang menghina kaum Melayu dan berakhir dengan tragedi. Hakikatnya 13 Mei berlaku bukanlah kerana diskriminasi atau penindasan terhadap kaum minoriti.

Jika ada tuduhan Melayu Bumiputera menindas, tanyalah diri sendiri, adakah kaum Cina semakin kaya ataupun semakin miskin ketika ini?

Cina Malaysia wajib contohi Indonesia dan Singapura

Malah Cina di Indonesia yang dilihat lebih bersyukur dan berasimilasi baik dengan penduduk asal Indonesia, walaupun mereka lebih ‘tertindas’, apabila tidak dibenarkan menggunakan bahasa dan nama Cina serta tiada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang wujud di sana.

Malah di Singapura sendiri yang dikuasai oleh kaum Cina, yang menjadi contoh bagi kaum Cina Malaysia, telah menghapuskan sekolah vernakular sejak sekian lama, serta masih mempunyai legasi  undang-undang ‘draconian‘ iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan telah melaksanakan GST sejak 1994.

Tiga perkara ini dibantah oleh kaum Cina Malaysia sejak sekian lama.

Bukti Melayu Bumiputera tidak menindas

Melayu Bumiputera yang mendiami sejak sekian lama malah ketika kedatangan British yang membawa masuk pendatang Cina dan India untuk bekerja, kedatangan mereka dialu-alukan dan masyarakat Melayu Bumiputera rela berkongsi bersama-sama mencari rezeki di negara ini.

Selain itu, pelbagai bantuan diberikan kepada kaum Cina dan sekolah-sekolah mereka serta perayaan mereka turut diletakkan dalam kalendar cuti yang diwartakan kerajaan.

Kenapa Cina Malaysia tidak mahu mencontohi Cina di Indonesia dan Singapura, setidaknya hanya dengan bersyukur?

Melayu Bumiputera tidak hairan dan tidak mahupun harta mereka kerana apa yang mereka usahakan, itu adalah hak mereka.

Hujahan Malaysia ini milik Allah bukan milik Melayu

Seluruh bumi dan sekalian alam ini milik Pencipta-NYA iaitu Allah SWT dan Allah berkati Malaysia ini mempunyai Raja-Raja Melayu sejak sekian lama dan penduduk asalnya terdiri dari kaum Melayu dan Bumiputera sebelum didatangi oleh pendatang kaum Cina dan India yang dibawa oleh British untuk bekerja.

Betapa bencinya satu-satu kaum dengan hakikat ini, kita tetap tidak boleh mengubah sejarah. Namun kaum asal yang mendiami negara ini tidak pernah mengambil balik tanah ataupun harta yang telah didapati dengan hasil usaha sesuatu kaum malah undang-undang melindunginya sebaik mungkin.

Malahan masih ramai Melayu Bumiputera yang masih belum mempunyai rumah kediaman, apatah lagi harta dan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum lain.

Jika ada mana-mana kaum Melayu Bumiputera mengambil tanah ataupun harta dan perniagaan sesiapa, cuma adukan sahaja dan pihak berkuasa yang majoritinya daripada kaum Melayu Bumiputera tidak akan  pernah mendiskriminasi laporan sesiapa.

Rasional ICERD wajib dilaksanakan di Malaysia

Sekiranya suatu hari kelak, Malaysia didapati menjadi seperti Myanmar, di mana kaum majoriti menindas kaum minoriti, berlakunya pengusiran, perampasan harta, perompakan kekayaan yang mereka ada, ataupun sebarang penganiayaan kaum, maka ketika itu jika dirasakan perlu, laksanakanlah ICERD dengan serta-merta.

https://www.youtube.com/watch?v=ZDNrswj9OAM

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts