KES MAHKAMAH 1MDB DI AMERIKA SYARIKAT, PERKARA YANG PERLU KITA KETAHUI – Bahagian 1

543
SHARES
2.6k
VIEWS

KES MAHKAMAH 1MDB DI AMERIKA SYARIKAT, PERKARA YANG PERLU KITA KETAHUI  (Bahagian I)

Kes ini didengar di mahkamah di New York pada 1 November 2018. Kita perlu mengetahui apa yang berlaku dan tidak terpengaruh dengan propaganda yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mengenai kes ini.

Kita tidak boleh lagi tidak membicarakan perkara ini dengan terperinci kerana tanpa info/maklumat yang tepat, kita sering ditipu dengan propaganda Kerajaan Pakatan Harapan.

FAKTA KES DI AS  (Bahagian I)

2 orang telah dituduh iaitu Tim Leissner (Goldman Sachs banker) dan Jho Low (ahli perniagaan antarabangsa).

Roger Ng (Goldman Sachs) telah ditahan di Kuala Lumpur tetapi belum dituduh.

PERTUDUHAN TIM LEISSNER

Tim dituduh, “Conspiring to launder money and violating the Foreign Corrupt Practices Act(Berkomplot melakukan pengubahan wang haram dan Melanggar Akta Amalan Rasuah Luar Negara).

Tim telah mengaku salah di mahkamah tersebut dan didenda US$43.7 juta bersamaan dengan RM182.7 juta.

Tim mengaku salah di atas kedua-dua tuduhan tersebut dan di atas kesalahan penyelewengan urus niaga dana kewangan 1MDB.

PERTUDUHAN JHO LOW

Jho Low dikenakan 3 pertuduhan iaitu:
“Misappropriating money from 1MDB, using it for bribes and kick backs to foreign officials. To pay for luxury real estate, art and jewellery in the US.”

(Menyeleweng dana 1MDB untuk tujuan merasuah, memberi balik wang (kick back) kepada pegawai-pegawai negara asing dan digunakan untuk membeli hartanah, lukisan dan perhiasan mewah di AS)

Fakta Kes (Bahagian 2)

Tim Leissner adalah Ketua Goldman Sachs untuk Asia. Manakala, Roger Ng pula Pengarah Urusan Goldman Sachs untuk negara Malaysia.

Goldman Sachs Malaysia adalah merupakan sebuah Investment Bank (bank pelaburan) di Malaysia.

Mereka bertiga adalah orang utama yang menjana US$6.5 bilion (RM27.3 billion) untuk 3 bon pada tahun 2012 dan 2013. Mereka juga dituduh menyimpang (divert) dana 1MDB ini untuk tujuan lain.

Mahkamah AS juga menuduh Jho Low sebagai MASTERMIND (Perancang Utama) di dalam kes penipuan transaksi kewangan 1MDB ini.

Ini jelas menunjukan bahawa Kes 1MDB ini benar-benar berlaku. Ia juga jelas menunjukkan bahawa terdapat penipuan oleh 2 orang kakitangan Goldman Sachs Investment Bank.

Ia juga menerangkan bahawa Jho Low dituduh sebagai ‘Perancang Utama’ kes penipuan ini.

Ia juga jelas menunjukkan sejumlah wang US$2.7 billion (RM11.34 billion) telah dilencongkan untuk merasuah, memberi balik wang (kick back), membeli hadiah untuk tujuan rasuah dan lain-lain oleh Tim Leissner dan Jho Low (seperti dalam pertuduhan).

Walau bagaimanapun, Jho Low membuat kenyataan bahawa dia tidak bersalah. Kita tunggu kes dibicarakan.

FAKTA NAJIB RAZAK

DOJ (Department of Justice US) tidak melakukan sebarang pertuduhan terhadap Najib Razak.

Najib (di dalam temuramah) telah menyatakan bahawa dia tidak mengetahui sebarang kemasukan wang ke dalam akaun beliau yang ada kena mengena dengan dana 1MDB.

Perkara ini akan dibuktikan di Mahkamah Kuala Lumpur apabila pertuduhan terhadap Najib didengar oleh Hakim.

Najib juga telah menjelaskan bahawa beliau percaya wang tersebut adalah merupakan wang sumbangan dari keluarga DiRaja Arab Saudi.

Pada tahun 2013, sebahagian daripada wang tersebut (didakwa) telah digunakan untuk mempertahankan Kerajaan BN/ UMNO di dalam PRU ke 13. Kos PRU adalah mahal. Sekiranya perbelanjaan 1 negeri mencecah RM100 juta ringgit × 14 negeri + W.P = RM 1.4 billion ringgit.

Ini adalah satu jumlah yang amat besar bagi memastikan KERAJAAN BN DAN UMNO DI PERTAHANKAN pada tahun 2013.

Manakala, sebahagian besar wang tersebut telah dipulangkan semula selepas PRU ke 13, mengikut kenyataan Najib Razak.

KESIMPULANNYA

Kes di AS ini memberikan gambaran yang jelas bahawa ada berlaku penipuan di dalam transaksi kewangan 1MDB.

Mastermind (Perancang Utama) ialah Jho Low, dibantu oleh Tim dan Roger Ng.

Samada Najib Razak ditipu dan diperdaya serta difitnah, hanya akan dibuktikan di Mahkamah.

Sementara itu, pilihan yang tepat, kita jangan terpedaya mendengar putar belit fakta, propaganda dari Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan yang menanguk di air yang keruh.

Jangan pula rakyat Malaysia dan ahli-ahli UMNO menghukum Najib Razak sebelum dia didapati bersalah.

INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY.

Salam.

DSBA

6 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts