APA AGENDA UTUSAN, KENAPA ZAHID BERDIAM DIRI?

378
SHARES
2.2k
VIEWS

Awang Selamat dalam  ruangan pojoknya “Ada-Ada Saja” bukan ditulis oleh wartawan Utusan apatah lagi Ketua Pengarangnya yang masih belum ada sehingga kini.

Awang Selamat adalah manifestasi bos Utusan baharu iaitu seorang ahli politik, Datuk Aziz Sheikh Fadzir. Beliau dilantik sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Selaku Presiden, ya beliau boleh membuat apa sahaja tanpa melalui Majlis Tertinggi UMNO apatah lagi melibatkan ‘hal kecil dan tidak penting’ iaitu Kumpulan Utusan.

Namun demikian Zahid tetap bertanggungjawab apabila Kumpulan Utusan melalui Aziz mentohmah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Jika tidak bertanggungjawab terhadap onar yang dibuat oleh Aziz, sekurang-kurangnya bertanggungjawab menegur beliau untuk meminta maaf kepada Najib, jika tindakan memecat Aziz dikira keterlaluan, walaupun itu yang sebaiknya dilakukan oleh Zahid.

Semakan setakat ini di Twitter dan Facebook Zahid masih tiada sebarang kenyataan Zahid termasuklah di portal UMNO Online.

Semakin ramai mempersoal tindakan Utusan mentohmah Najib dan mula timbul persepsi tidak sihat iaitu adakah Zahid merestui tindakan Aziz dan Utusan ini atau adakah ini adalah pendirian terkini parti untuk menyingkirkan terus Najib agar tidak membayangi UMNO?

Jika pendirian parti untuk ‘menyahkan Najib’, maka tegurlah secara dewasa dan bukannya menggunakan Utusan yang hanya memburukkan keadaan.

Jika bukan pendirian parti, Zahid tidak perlu menunggu lama untuk berbuat demikian, mengurangkan risiko perkara ini membarah dalam UMNO.

Apapun ramai teringin melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil ‘Awang Selamat’ sebagai saksi di mahkamah kelak kerana belum apa-apa lagi beliau telah menjatuhkan hukum Najib bersalah dan meminta Najib memohon maaf kepada semua ahli UMNO.

Tentu beliau mempunyai bukti kukuh yang boleh membantu SPRM kerana begitu yakin Najib bersalah, sedangkan SPRM sendiri belum melengkapkan siasatan.

Zahid sendiri terpalit dengan berpuluh dakwaan, jika terkena batang hidung sendiri, bagaimana?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts