TUN M MELUTUT KEPADA ANWAR ATAU ANWAR MELUTUT KEPADA TUN M?

377
SHARES
2.2k
VIEWS

TUN M MELUTUT KEPADA ANWAR ATAU ANWAR MELUTUT KEPADA TUN M?

Oleh Mohd Puad Zarkashi

4 November 2018

Tun M kata, kalau nak melompat masuk PH kena melutut terlebih dahulu. Apa yang beliau maksudkan sebagai melutut? Melutut seperti seorang hamba yang mahu disembelih atau seperti orang Siam menyembah tokongnya?

Atau melutut itu ialah buat U-Turn seperti Tun M selalu lakukan. Dulu cakap lain sekarang cakap lain, yang penting matlamat peribadi tercapai.

Manusia yang suka buat U-Turn bersekala besar ialah Tun M. Dulu dia kata Anwar meliwat sekarang tidak. Dulu dia kata DAP rasis sekarang tidak. Dulu dia kata Lim Guan Eng perasuah sekarang dilantik jadi Menteri Kewangan.

Sebab itu Tun M sanggup melutut kepada Anwar minta nyawa politik. Dia hantar Tun Daim berjumpa Anwar di Penjara Sungai Buloh. Pujuk Anwar bergabung dan akan bebaskan Anwar kalau berjaya tumbangkan Najib.

Setakat ini hanya Tok Pa (MP UMNO) yang telah melutut kepada Tun M. Tun M kata Tok Pa sudah lama sedar, tetapi tidak berani keluar kerana takut. Tun tahu Tok Pa penakut. Sebab itu Tok Pa melutut masuk PPBM kerana bimbang didakwa menggunakan AMLA walaupun baru sekali dipanggil untuk siasatan.

Sebenarnya sindiran ‘melutut’ itu Tun M tujukan kepada Anwar.

Kalau mahu jadi PM selepas beliau, sila melutut dulu kepadanya. MP UMNO tidak perlu melutut. Biarkan Anwar sahaja yang melutut kepada Tun M.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts