KESILAPAN NAJIB MELANTIK KJ YANG DIBENCI MAHATHIR

437
SHARES
2.5k
VIEWS

JIKA ADA SATU KESILAPAN NAJIB ADALAH KERANA KEDEGILAN BELIAU MELANTIK KJ YANG DIBENCI MAHATHIR

Oleh Datuk Lokman Noor Adam

3 November 2018

Nampaknya ada yang sakit hati bila majlis santai bersama Dato’ Sri Najib Razak mendapat sambutan luar biasa tadi. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar menemplak kenyataan DS Najib yang menyatakan bahawa BN kalah akibat janji-janji manis Pakatan Harapan dan fitnah mereka. Sebaliknya, Khairy mengatakan bahawa punca kekalahan BN hanyalah kerana 1MDB, itu sahaja.

Saya tidak pasti apa masalah Khairy yang meroyan seperti orang datang bulan. Tapi apa yang pasti, jika beliau meneruskan sikap menunding jari secara berterusan, saya rasa beliau boleh berhenti bermimpi untuk menjadi Presiden UMNO. Sepatutnya, selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy kena menilai sama ada aktiviti menjadi model sambilan di Majalah Maskulin, hobi ber-selfie dan kepakaran memilih warna stokin yang betul, telah berjaya menarik minat orang muda untuk menyokong BN.

Kita masuk bertanding sebagai satu pasukan, adalah sangat tidak bertanggungjawab sebagai seorang Ketua Pemuda, kita menunding jari kepada Presiden Parti seorang setelah kalah. Harus diingatkan bahawa bukan sahaja Presiden UMNO dan isterinya difitnah Pakatan Harapan, boleh dikata hampir semua Menteri Kabinet juga telah difitnah kecuali Dato’ Seri Shabery Cheek yang terselamat dari fitnah Pakatan Harapan.

Malah, Khairy sendiri terpalit dengan fitnah penyelewengan 100 juta ringgit KBS, fitnah kononnya beliau mempunyai hubungan dengan Maya Karin, fitnah beliau ambil ice, fitnah pengagihan projek membina gelanggang futsal kepada kroninya, fitnah berhubung “1 Stop Visa Center” yang melibatkan Wan Quraish (Wan Badak) yang dikatakan merupakan proksinya dan pelbagai fitnah lain yang melibatkan hubungan beliau dengan pihak Singapura.

Adakah semua fitnah-fitnah yang melibatkan dirinya ini langsung tidak mengakibatkan BN hilang walaupun 1 undi?

Sepatutnya, sebagai seorang Ketua Pemuda yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan dikatakan bijak kerana merupakan graduan Oxford, Khairy sepatutnya mengambil pendekatan cuba memahami isu 1MDB dan GST.

Dua isu ekonomi yang sangat kompleks ini memang menyumbang kepada kecelaruan rakyat dan mengakibatkan kita kehilangan undi dalam pilihanraya lalu. Namun, apa yang mengecewakan saya, Khairy langsung tidak melihatkan sumbangannya dalam usaha memperjelaskan dua isu ini.

Hanya beberapa individu seperti saudara Tun Faisal dan Arul Kanda yang membantu kami pihak MOF untuk menjelaskan isu ini kepada rakyat.

Menunding jari memang mudah, tetapi jika Dato Sri Najib mempunyai Ketua Pemuda yang proaktif dan bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam menangkis fitnah pembangkang dan mempertahankan dasar dan polisi kerajaannya, sudah pasti kita akan dapat meraih lagi 33 kerusi untuk memerintah semula.

Saya masih ingat, sebaik sahaja Dato Sri Najib mengisytihar BN telah kalah, saya telah pergi ke rumah beliau untuk memohon maaf di atas kegagalan saya mempertahankan Presiden saya dari fitnah pihak musuh.

Tapi saya tidak boleh fikir, bagaimana seorang Menteri Kabinet dan Ketua Pemuda Parti yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini boleh pergi ke rumah Presiden pada malam kita kalah, menuntut supaya Presiden meletakkan jawatan.

Adakah Khairy sudah lupa bahawa Tun Mahathir mula marah kepada Dato Sri Najib kerana kedegilan beliau melantik Khairy, orang yang dibenci Mahathir dan pesaing Mukhriz, sebagai Menteri Belia dan Sukan?

Kalau Dato Sri Najib tidak ada Ketua Pemuda yang bebal dan gopoh seperti ini, tidak mustahil Dato Sri Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional dan merupakan parti yang memenangi kerusi paling banyak, dapat mentadbir negara ini sebagai “Care Taker Government” selama 3 bulan lagi selepas 9 Mei, 2018.

Dalam tempoh 3 bulan itu, mungkin Dato Sri Najib sudah berjaya memujuk parti-parti lain untuk membentuk kerajaan campuran dan Khairy mungkin masih kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan, bukan anak kecil yang gemar ber-selfie di dalam tab mandi.

Jika UMNO gagal menghentikan sikap menunding jari dan menanam sikap susah dan senang bersama serta kesetiaan kepada pemimpin, sampai bilapun UMNO tidak akan berjaya menjadi parti yang kuat.

Itu sebabnya, bila nak pilih pemimpin, pertama kena pilih yang elok, kedua barulah pilih yang pandai. Kalau pandai belajar sampai Oxford pun tidak ada gunanya, kalau perangai tidak elok.

Jangan marah ya, kalau suka mengkritik, sekali-sekala terimalah kritikan.

Lokman Adam

IDontGoToOberCee University

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts