BAJET KERAJAAN PAKATAN 2019

444
SHARES
2.5k
VIEWS

BAJET KERAJAAN PAKATAN 2019

Dewan Rakyat

Buat pertama kalinya, Kerajaan Pakatan membentangkan BAJET PAKATAN HARAPAN 2019.

Buat kali pertama juga, Menteri Kewangan LIM GUAN ENG di dalam pembentangannya menyebut, HUTANG DAN LIABILITI NEGARA adalah sebanyak RM1 trilion. Menteri Kewangan mengaku bahawa 1 trilion bukan sahaja hutang tetapi termasuk liabiliti negara, yang sepatutnya tidak dikira sebagai hutang.

Belanjawan 2019 PH akan memperuntukkan RM314.5 bilion. RM259.8 billion untuk mengurus. RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. RM2 billion untuk simpanan luar jangka.

Bajet 2019 PH ini tidak melihatkan sebarang INISIATIF BARU untuk rakyat terutama rakyat luar bandar dan rakyat miskin bandar.

TIADA TOUCH POINT yang khusus untuk rakyat luar bandar.

BANTUAN SARA HIDUP @ ALA BR1M

Kerajaan PH akan memberi BANTUAN SARA HIDUP iaitu bayaran ALA BR1M KERAJAAN BN.

i. Pendapatan isi rumah bulanan RM2,000 ke bawah akan menerima bantuan RM1,000.00;
ii. RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan RM750.00;
iii. RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan RM500.00;
iv. Kadar tambahan BSH, RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah. Contoh pendapatan RM2,000 ke bawah dan ada 4 orang anak akan menerima bantuan RM1,480.00.

Lim Guan Eng di dalam ucapan beliau di Dewan Rakyat berkata, jumlah ini lebih tinggi daripada yang diberi oleh Kerajaan BN terdahulu iaitu RM1,200.00 sahaja.

Kemungkinan Menteri Kewangan tidak membuat penyelidikan yang menyeluruh. Sebenarnya, di dalam JANJI MANIFESTO KERAJAAN BN sekiranya BN diberi peluang memerintah semula selepas PRU-14, jumlah pembayaran bantuan BR1M akan dinaikkan kepada RM2,000.00, iaitu lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh Kerajaan Pakatan.

2.4 JUTA RAKYAT MENDERITA

Lim Guan Eng dengan bangganya mengumumkan bahawa 4.1 juta rakyat akan menikmati Bantuan Sara Hidup ini.

Ketika BN memerintah seramai hampir 6.5 juta rakyat dapat menikmati BR1M. Ini bermakna hampir 2.4 juta Rakyat tidak akan dapat BSH. Ini sungguh mengecewakan.

SUBSIDI PETROL

Kerajaan PH akan memberi subsidi petrol kepada pemilik kereta di bawah enjin 1,500 c.c. dan motor di bawah 125 c.c.

Serta akan mengapungkan semula harga petrol RON 95, di pasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM).

Ini amat berbeza dengan janji Pakatan Harapan yang berjanji akan menurunkan harga Petrol sekiranya Putrajaya milik mereka.

PETANI, NELAYAN DAN PEKEBUN KECIL TIADA PEMBELAAN

Petani, nelayan dan pekebun kecil tiada sebarang pembelaan di dalam Bajet PH 2019 ini. Tiada sebarang bantuan one off kepada mereka, walaupun harga getah dan kelapa sawit merundum jatuh.

TOL AKAN DIHAPUSKAN

Kepada rakyat yang menunggu berita tol akan dihapuskan, mereka terkejut dengan pembentangan BAJET PH 2019, apabila mendengar Kerajaan PH akan memansuhkan tol motosikal di jambatan pertama dan kedua Pulau Pinang. Serta tol motor di jambatan kedua Johor-Singapura.

RAKYAT TERTIPU LAGI

Rakyat masih lagi tertipu dengan pengumuman ini.

Kerajaan PH hanya akan membekukan semua kenaikan tol untuk tahun 2019.

TIADA SESUATU YANG BARU UNTUK MENAIKKAN HARAPAN RAKYAT

Sesungguhnya, Bajet 2019 tidak membawa sesuatu yang baru untuk dijadikan harapan kepada rakyat. Tiada sesuatu yang baru yang boleh menurunkan KOS SARA HIDUP RAKYAT.

Lim Guan Eng berkata:
Malaysia umpama seekor Harimau Asia yang selama ini tidur lena, sekarang bangkit mengaum semula.

HAKIKAT SEBENARNYA
Malaysia umpama seekor kucing Siam yang tidur lena dan kini semakin terasing dari negara luar (China & Arab Saudi).

Salam.

DATO’ SAIFUL BAHAR BIN MOHD. ARSHAD

2 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts