SPRM PAMERKAN ASET MENTERI, TIMBALAN MENTERI DAN AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN HARAPAN

892
SHARES
3.4k
VIEWS

SPRM PAMERKAN ASSET MENTERI, TIMBALAN MENTERI DAN AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN HARAPAN

Kali pertama dalam sejarah politik Malaysia, SPRM mempamerkan aset Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen kerajaan yang memerintah iaitu kerajaan Pakatan Harapan.

20 orang atau 40.8%, anggota pentadbir (Menteri dan Timbalan Menteri) telah menyenaraikan aset mereka kepada SPRM. 29 orang Anggota Pentadbir belum menyenaraikan aset mereka.

Manakala, hanya 47 Ahli Parlimen PH atau 38.2% yang telah menyenaraikan harta mereka. 77 Ahli Parlimen PH belum berbuat demikian (61.8% belum).

Yang belum menyenaraikan aset mereka termasuklah Mukhriz Mahathir dan Nurul Izzah Anwar.

ASET YANG DIPAMERKAN

Lim Guan Eng mempamerkan income bulanan tertinggi iaitu RM86,464.92. Income ini termasuk isteri dan anak beliau.

Dr. Mahathir income bulanan ialah sebanyak RM75,861.57. Ini termasuk income Dr. Siti Hasmah.

Menteri, Timbalan Menteri serta Ahli-Ahli Parlimen Pakatan juga mempamirkan (declare) income bulanan mereka. Dan income ini dipamerkan oleh SPRM di dalam satu carta khas yang dibuat oleh SPRM di dalam portal mereka.

DECLARE INCOME BULANAN BUKAN BERERTI DECLARE  ASSET

Kerajaan Pakatan hari ini dengan bangganya menyenaraikan (declare) income bulanan PM, TPM, Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen mereka.

Masalahnya, declare income (pendapatan) bulanan bukan bererti declare asset.

ADAKAH INI SATU LAGI PROPAGANDA DR. MAHATHIR KEPADA RAKYAT?

Jumlah pendapatan bukan aset sepenuhnya.

YANG DIMAKSUDKAN ASET

Apa yang dimaksudkan aset ialah:

1. Berapa biji rumah yang dimiliki di dalam dan luar negara. Berapa harga rumah-rumah tersebut?

2. Berapa biji kereta mewah yang dimiliki atas nama Menteri atau Ahli Parlimen berkenaan.

3. Berapa ekar tanah yang ada atas nama Menteri berkenaan di dalam dan luar negeri.

4. Berapa banyak nilai saham yang dimiliki oleh Menteri atau Ahli Parlimen berkenaan serta keluarga mereka.

5. Jumlah syarikat Public Listed dan/atau yang bukan Public Listed di mana Ahli Parlimen berkenan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

6. Declare berapa jumlah akaun yang ada di dalam dan luar negara? Jumlah akaun dan jumlah mata wang yang ada.

7. Statutory Declaration (Akuan Bersumpah), bahawa Menteri atau Ahli Parlimen berkenaan TIDAK MEMPUNYAI akaun Off Shore bagi menyembunyikan wang di luar negara.

KESIMPULANNYA

Declaration Asset oleh kerajaan dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan hari ini hanya satu LATIHAN P.R. sahaja.

Yang dipamerkan hanya income bulanan (pendapatan bulanan) dan bukan aset sepenuhnya seperti yang ditulis di atas.

PROPAGANDA PAKATAN HARAPAN

Ini hanyalah satu Propaganda Pakatan Harapan kononnya mereka bersih seperti kapas putih. Tidak korup. Tidak rasuah. Tiada cacat cela.

Sesungguhnya Pakatan Harapan tidak boleh memperbodohkan rakyat. Rakyat sudah cerdik. Rakyat sudah pandai menilai.

MOHON MUKHRIZ MAHATHIR BENAR-BENAR DECLARE ASSET (KEKAYAAN) BELIAU KEPADA RAKYAT.

Salam.

DSBA

2 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts