DI AMBANG BAJET PAKATAN HARAPAN, TUN MAHATHIR KATA SUKAR JADI PM KALI KEDUA

395
SHARES
2.3k
VIEWS

DI AMBANG BAJET PAKATAN HARAPAN, TUN MAHATHIR KATA SUKAR JADI PM KALI KEDUA

Patut dia dah mati dah, pada umur 93 tahun, katanya ketika ditemuramah oleh AFP.

Tun Mahathir juga kata, jadi PM kali kedua ini lebih teruk kerja dari jadi PM kali pertama kerana KERAJAAN DAH DIHANCURKAN oleh Najib Razak.

Terlalu banyak yang perlu dibetulkan.

PROPAGANDA DR. MAHATHIR:

Hakikatnya, kerajaan terdahulu berada di landasan yang terbaik.
Di bawah kepimpinan Najib Razak, penjawat awam berada di dalam keadaan yang amat selesa. Ada bonus Hari Raya dan ada bonus di hujung tahun untuk anak-anak masuk sekolah.

Harga getah dan kelapa sawit berada di paras yang tinggi. Sekiranya ada kemarau dan lain-lain, pekebun-pekebun kecil diberi bantuan insentif (one-off) membantu mereka. Kini semuanya tiada.

Dulu ada BR1M. Bantuan kewangan untuk rakyat susah ini hanya tinggal kenangan sahaja.

Dr. Mahathir merasakan sukar jadi PM kali kedua ini kerana:

1. Pejawat Awam tidak bersama Tun Mahathir kerana mereka sudah hilang kepercayaan kepada PM dan Gabungan Pakatan yang suka BERBOHONG KEPADA RAKYAT. Terutamanya tidak menunaikan janji-janji pilihanraya.

2. Bila penjawat awam sudah tidak lagi bersama PM dan Kabinet. PM melancarkan PROPAGANDA kononnya, pejawat awam ini kebanyakan perasuah, diajar oleh kerajaan Najib. Ini menambahkan kemarahan penjawat awam terhadap Tun Mahathir.

3. Penjawat awam bukan rakyat biasa yang boleh ditipu dengan propaganda. Penjawat awam dapat merasakan kemakmuran negara di bawah Najib Razak. Ekonomi & kewangan negara berada di paras yang mantap dan baik.

Tiba-tiba di bawah Tun Mahathir, negara berada di ambang kehancuran dan macam nak bankrap.

4. Seperkara lagi, Tun Mahathir rasakan sukar jadi PM kali ini kerana dia dikelilingi Menteri-Menteri Kabinet yang tidak mempunyai pengalaman, Tiada idea baru, tiada qualification, Tiada innovation dan tidak kreatif.

Dalam kata lain, MENTERI-MENTERI YANG TIDAK CERDIK. Badut-badut atau clowns.

Inilah antara fakta-fakta yang menyebabkan Tun Mahathir berasa amat sukar menjadi Perdana Menteri kali kedua ini.

DSBA

1 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts