KENAPA PERLU BUNUH UMNO?

374
SHARES
2.2k
VIEWS

KENAPA PERLU BUNUH UMNO?

PPBM hanya ada 14 Ahli Parlimen sahaja dengan kemasukan Tok Pa. PPBM tidak mempunyai ahli yang ramai di peringkat cawangan, untuk menggerakkan parti secara berkesan.

Dr. Mahathir berkali-kali menyatakan UMNO sudah tiada. UMNO tidak mempunyai masa depan dan rakyat kini menolak UMNO.

Cakap-cakap di kedai kopi bahawa UMNO akan diharamkan sering kedengaran. Ahli-ahli UMNO pening memikirkan kesudahan episod ini.

Bagaimana UMNO mahu bergerak? Akaun-akaun UMNO HQ dan Negeri dibekukan. Presiden kena 45 pertuduhan. Lagi banyak Presiden CAKAP DAN TENTANG, agaknya lagi banyak pertuduhan akan datang. Dr. Mahathir pula menakut-nakutkan pemimpin UMNO dengan menyatakan lebih ramai lagi akan dituduh.

Jumlah Ahli Parlimen UMNO semakin berkurangan. Dari 54, kini tinggal hanya 47 orang sahaja. Berapa ramai lagi akan lompat. Itu persoalannya?

STRATEGI DR. MAHATHIR ialah untuk membunuh UMNO, agar PPBM akan terus hidup. Kerana Dr. Mahathir sedar, UMNO mempunyai keahlian dan sokongan akar umbi yang banyak terutamanya di luar bandar.

KEDUDUKAN MENTERI KABINET

Kedudukan Menteri Kabinet kini seperti berikut:

PPBM ADA 6 MENTERI (14)

PKR ADA 7 MENTERI (51)

DAP ADA 6 MENTERI (42)

AMANAH ADA 5 MENTERI (11)

Selepas PRU ke 14, majoriti awal Pakatan Harapan ialah 124 kerusi, iaitu majoriti: 13 kerusi (124 – 111 = 13).

Parti PPBM bertanding di semua kerusi-kerusi UMNO. Mereka menang 13 kerusi UMNO. Kerusi-kerusi yang UMNO kalah inilah yang menyebabkan PH dapat memerintah Kerajaan Persekutan.

Sesungguhnya, UMNO Bahagian & Negeri yang GAGAL MEMPERTAHANKAN 13 kerusi inilah yang seharusnya melihat secara holistic, kenapa UMNO tewas di kerusi-kerusi kubu kuat mereka terutamanya kerusi di luar bandar di mana sokongan orang Melayu terhadap UMNO tidak pernah luntur.

UMNO PERLU DIBUNUH

UMNO perlu dibunuh, untuk PPBM terus hidup.

PPBM harus menambah bilangan Ahli-Ahli Parlimen mereka untuk terus bersaing dengan parti PKR dan DAP.

Kini, PPBM hanya ada 14 kerusi. PKR ada 51. DAP ada 42.

Sekiranya selepas Dr. Mahathir meninggalkan Kabinet dan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, berkemungkinan rombakan Kabinet akan dilakukan. PPBM berkemungkinan tidak akan mendapat sebanyak ini kerusi Menteri penuh dengan hanya ada 14 kerusi Parlimen.

Itu belum lagi sekiranya, Anwar tidak sabar menunggu 2 tahun untuk jadi PM dan ada cubaan untuk memecahkan gabungan Pakatan Harapan dengan melakukan RAMPASAN KUASA dari dalam atau dari luar.

Sesungguhnya, STRATEGI UNTUK MEMBUNUH UMNO, adalah satu strategi yang amat diperlukan oleh Dr. Mahathir, Mukhriz dan PPBM.

Salam Perjuangan,

MNR

Rawang, Selangor

31 Oktober 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts