BREAKING NEWS: KENAPA TIADA KENYATAAN MEDIA BERSAMA MENTERI LUAR ARAB SAUDI?

425
SHARES
2.3k
VIEWS

Persoalan timbul apabila Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah membuat kenyataan kepada Bernama bahawa Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir telah mengesahkan bahawa kerajaan Arab Saudi tidak pernah memberi derma sebanyak RM2.6 billion kepada Najib.

Kerajaan dilihat melepaskan peluang untuk membuat kenyataan bersama Menteri Luar Arab Saudi tersebut yang akan lebih meyakinkan rakyat di sebalik kemelut isu derma RM2.6 bilion ini.

Jika benar berlakunya kenyataan oleh Adel tersebut tentunya Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Saifuddin sendiri akan berusaha untuk membuat kenyataan bersama-sama dengan Menteri Luar Saudi tersebut yang akan memberi tamparan hebat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan Saifuddin Abdullah kepada Bernama, beliau juga memberitahu Adel telah memberi makluman sebelum ini ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-73 di New York yang berlangsung dari 24 hingga 29 September  lalu,  bahawa Kerajaan Saudi tidak ada kena-mengena dengan sumbangan RM2.6 bilion serta akan bekerjasama dalam siasatan 1MDB.

Perkara ini agak meragukan kerana Saifuddin Abdullah tidak terus mengumumkan perkara tersebut sedangkan beliau mempunyai peluang berbuat demikian sebaik pulang dari perhimpunan tersebut dan tidak perlu menunggu hampir sebulan.

Sebaliknya kenyataan bertentangan Tun Mahathir pula yang dipetik Free Malaysia Today iaitu “kenyataan tersebut tidak penting malah apa yang penting dalam kes itu ialah bukti dokumen menunjukkan sama ada wang berkenaan adalah daripada 1MDB atau Arab Saudi”, bertentangan dengan usaha Saifuddin dan menambah kepada keraguan tersebut.

Apa yang lebih meragukan, Adel sendiri pernah mengesahkan sekitar pertengahan April 2016 bahawa sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tulen dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripadanya.

Selain itu sumber berita rasmi Arab Saudi melalui laman web Arab News juga tidak menyatakan mengenai sebarang perkara berkaitan 1MDB melainkan memperincikan mengenai mengkaji semula hubungan dua hala.

Ini termasuk kerjasama bersama antara Arab Saudi dan Malaysia dan juga cara untuk meningkatkan usaha dalam semua bidang serta topik kepentingan bersama serta mengenai perkembangan antarabangsa terkini.

Sebagai rekod, sehingga kini setelah hampir enam bulan Pakatan Harapan memerintah, mereka masih gagal membuat dakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkaitan dana RM2.6 bilion ini sedangkan mereka mencanangkan telah mempunyai bukti kukuh sejak tahun 2015.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts