TOK HIM: MAHATHIR PANDANG UMNO JIJIK, TETAPI KINI PELAWA SERTAI BERSATU

367
SHARES
2.2k
VIEWS

Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Perkasa), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali hari ini memberikan pandangan bernas beliau mengenai rasional pelawaan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menjemput orang-orang UMNO menjadi ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara tiba-tiba.

Berkata kepada media, beliau sendiri terkejut dengan tindakan Tun Mahathir kerana selama ini Tun Mahathir memandang UMNO ini sebegitu teruk dan jijik.

“Tun sendiri dia melihat UMNO dan ahli UMNO ni sebegitu jijik sekali.”

“UMNO dan ahli UMNO ini tidak laku satu sen, tidak ada yang bagus pada ahli dan parti UMNO ini, rasuah dan sebagainya.”

Maka menurut Ibrahim, memang mengejutkan apabila Tun membuat pelawaan tersebut. Malah Tun Mahathir juga membuat syarat mereka yang menyertai parti Bersatu, mereka tidak boleh pegang jawatan penting dan tidak boleh bertanding dalam tempoh setahun.

Beliau menambah, jika ini pendirian Tun Mahathir dan Bersatu, maka Ibrahim merasakan tidak ramai dalam kalangan ahli UMNO terutamanya peringkat pimpinan sehingga ke Ahli Parlimen akan menyertai parti tersebut.

Syarat yang dibuat oleh Bersatu itu mungkin akan menarik minat ahli biasa UMNO namun agak sukar meyakinkan ahli yang mempunyai peranan sebagai pemimpin.

Buat mereka, tawaran tersebut tidak memberi keuntungan dalam jangka masa pendek ataupun panjang apatah lagi Bersatu hanya ‘bertenggek‘ dalam Pakatan Harapan, tidak seperti UMNO ketika dalam Barisan Nasional.

Menurut Ibrahim lagi, pemimpin UMNO yang akan menyertai Bersatu mungkin kerana ingin mendapatkan ‘insurance‘ untuk menyelamatkan diri masing-masing sahaja kerana dari segi perjuangan, UMNO dan Bersatu tidak mempunyai persamaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts