TOK HIM: UMNO TUNJANG DALAM BN, BERSATU HANYA ‘BERTENGGEK’ DALAM PH

366
SHARES
2.2k
VIEWS

Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Perkasa), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali berkata kepada media mengenai pelawaan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjemput orang-orang UMNO menjadi ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara tiba-tiba.

Selama ini Tun Mahathir memandang UMNO ini sebegitu teruk dan jijik tetapi kini mempelawa mereka menyertai Bersatu dengan bersyarat dan perkara ini agak mengejutkan pada pandangan Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Tok Him.

Menurut Tok Him lagi, pemimpin UMNO yang akan menyertai Bersatu mungkin kerana ingin mendapatkan ‘insurance‘ untuk menyelamatkan diri masing-masing sahaja kerana dari segi perjuangan, UMNO dan Bersatu tidak mempunyai persamaan.

Walaupun pada dasarnya Bersatu memperjuangkan Melayu dan Islam namun UMNO dalam Barisan Nasional adalah sebagai tunjang berbeza dengan Bersatu yang umpama hanya ‘bertenggek’ dalam Pakatan Harapan.

“Dakwaannya (Tun) Bersatu ini akan ganti UMNO, Bersatu ini akan berjuang seperti UMNO dahulu.”

“Inipun saya rasa agak keliru. Sebab kalau UMNO dahulu, dia tunjang kepada Barisan Nasional.”

“Bersatu ini saya tengok walaupun Tun menjadi Perdana Menteri, (tetapi mereka) parti yang ‘bertenggek’ dalam Pakatan Harapan. Yang dominannya ialah PKR dan DAP.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts