KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATUK HASANAH

393
SHARES
2.3k
VIEWS

Salam semua.

1. Saya mengesahkan Datuk Hasanah Abdul Hamid telah menerima surat rasmi dari SPRM pada hari ini memaklumkan beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada 25 Oktober, Khamis ini.

2. Saya ucapkan terima kasih kepada SPRM kerana tidak menahan Datuk Hasanah sebelum beliau dihadapkan ke mahkamah seperti mana yang dilakukan SPRM terhadap kes-kes VVIP yang lain.

3. Untuk permulaan, kami ingin menyatakan kekecewaan kami terhadap pembocoran maklumat kes daripada sumber SPRM yang enggan dinamakan kepada pihak wartawan Malaysiakini yang telah berulang kali menerima maklumat demi maklumat yang kami selaku peguam bela Datuk Hasanah sendiri dinafikan pemberian sebarang maklumat oleh SPRM.

4. Kami akan menimbulkan isu ini di mahkamah hari Khamis nanti.

5. Doakan kami selamat sejahtera membela seorang penjawat awam yang hanya menjalankan tugas beliau demi negara dan kini menjadi mangsa “collateral damage” dek kerana kerakusan politikus memundak kuasa.

Sekian terima kasih.

Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz (Buzze Azam)

https://m.malaysiakini.com/news/448654

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts