SOALAN AHLI PARLIMEN PASIR MAS PALING ‘WIN’

380
SHARES
2.2k
VIEWS

SOALAN AHLI PARLIMEN PASIR MAS PALING WIN

Oleh Mohd Puad Zarkashi

20 Oktober 2018

Ahli Parlimen PAS Kawasan Pasir Mas YB Ahmad Fadhli Shaari bertanya kepada YB Baru Bian, Menteri Kerja Raya, “Wajarkah rakyat berhenti bermimpi untuk memiliki lebuhraya tanpa tol?” Jawapan Menteri ialah, “Terpulang kepada rakyat. Tetapi tol tidak akan dihapuskan.”

Sebenarnya yang tersirat dalam jawapan Menteri itu ialah, ”Siapa suruh kamu bermimpi?” Sepatutnya jawapan Menteri ialah, “Kami memang suka rakyat bermimpi agar mudah terus ditipu dan diperbodohkan.”

Soalan YB Pasir Mas itu adalah penting sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia, jangan bermimpi Malaysia Baru di bawah PH. Banyak kali istilah ‘menghapuskan’ yang keluar dari mulut Kerajaan PH hanya pembohongan. Seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan tol, menghapuskan rasuah dan lain-lain.

Baru Bian kata, tol tidak boleh dihapuskan kerana keadaan ekonomi tidak mengizinkan. Biasalah, PH akan kaitkan dengan hutang negara yang tinggi iaitu RM1 trilion (Mat Sabu kata lebih daripada RM1 trilion). Tetapi Tun M semasa membentang Laporan Kajian Separuh Penggal RMK 11, 2016-20121 mengakui hutang negara adalah RM686.8 Bilion (rujuk muka surat 60 dokumen laporan). Mustahil Menteri Kewangan tidak baca laporan tersebut?

Kerajaan PH boleh mencari berbagai alasan, tetapi sekurang kurangnya Kerajaan BN telah menghapuskan tol di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam, Plaza Tol Sungai Rasau, Negeri Sembilan, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Lebuhraya EDL di Johor.

Kerajaan PH apa ada?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts