SAIFUL BAHAR: ZAHID HAMIDI TIDAK PERLU BERCUTI

404
SHARES
2.4k
VIEWS

ZAHID HAMIDI TIDAK PERLU BERCUTI

Oleh Saiful Bahar Mohd. Arshad

20 Oktober 2018

Saya terpanggil untuk membahaskan isu sama ada perlu atau tidak DS Zahid Hamidi bercuti dari menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO ketika menghadapi tuduhan rasuah, pecah amanah dan AMLA di mahkamah.

Tulisan Puad Zarkashi cenderung kepada Zahid mengambil cuti berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden, DS Mohamad Hasan kepada portal Malaysiakini tetapi kenyataan Mohamad Hasan tersebut sebenarnya telah diputar-belit oleh Malaysiakini.

Mohamad Hasan hanya menjelaskan UMNO mempunyai prosedur tertentu mengenai kes sebegini.

Saya dan Dato’ Annuar Yunus (Pengerusi Naib-Naib Ketua Bahagian) bersependapat bahawa Zahid tidak perlu bercuti sebaliknya hadapi pertuduhan-pertuduhan ini di Mahkamah dan terus memimpin parti UMNO.

PRECEDENT CASE
Perlu diingatkan bahawa kalau dahulu, ketika BN/UMNO memerintah, ada kes-kes rasuah dan lain-lain yang melibatkan Menteri-Menteri atau Menteri Besar.

Maka mereka ini sebagai Menteri, anggota pentadbir atau Menteri Besar sesebuah negeri, dinasihatkan bercuti daripada jawatan yang disandang dan hadapi kes tersebut dahulu di mahkamah supaya tiada “conflict of interest” dan judiciary (kehakiman) tidak kelihatan membicarakan seorang Eksekutif (Jemaah Menteri atau Menteri Besar/Ketua Menteri).

Kes yang paling terkenal ialah kes melibatkan Tan Sri Rahim Thamby Cik, bekas Ketua Menteri Melaka. Beliau bercuti ketika menghadapi kes di mahkamah. Apapun selepas kes tersebut, karier politiknya berakhir. DAMAGE DONE.

KES LIM GUAN ENG
Ketika menghadapi kes rasuah banglo di Pulau Pinang, Lim Guan Eng seharipun tidak mengambil cuti ketika dituduh di mahkamah.

Lim Guan Eng tidak menghiraukan desakan supaya beliau meletakkan jawatan Ketua Menteri.

KES MAT SABU
(Dulu PAS sekarang Presiden AMANAH).
Siapa boleh lupa kes Mat Sabu bersama Che Norma di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan?

Mat Sabu dan Che Norma dituduh berkhalwat di Hotel Perdana. Mat Sabu tidak meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PAS ketika menghadapi kes di mahkamah.

PENDAKWAAN TERPILIH
Zahid didakwa dengan 45 tuduhan. DS Najib Razak didakwa dengan 25 pertuduhan. Jumlah keseluruhan: 70 pertuduhan, merupakan SATU REKOD DUNIA kepada Ketua Pembangkang dan bekas Perdana Menteri.

Dijangka ia akan mengambil 3 hingga 5 tahun untuk selesai.

45 pertuduhan kepada DS Zahid Hamidi bertujuan melemahkan UMNO, mengharamkan UMNO, memalukan Zahid dan menekan supaya Zahid mengikut kehendak Dr. Mahathir dan Kerajaan Pakatan.

Sekiranya Jawatankuasa Pengurusan nasihat bercuti juga, bagaimana dengan pemilihan UMNO pada tahun 2021 sekiranya kes DS Zahid masih belum selesai?

Kami berdiri teguh di belakang DS Zahid walaupun ada API DAN TSUNAMI di hadapan.

SOLIDARITI KEPADA DS ZAHID HAMIDI

Salam,

SAIFUL BAHAR MOHD. ARSHAD

Shah Alam

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts