PUTIN: JANGAN BUAT SPEKULASI, TUNGGU KEPUTUSAN SIASATAN

372
SHARES
2.2k
VIEWS

Presiden Rusia Vladimir Putin menggesa agar masyarakat antarabangsa dan pemimpin dunia untuk tidak membuat kesimpulan awal dalam isu kehilangan kolumnis Saudi Washington Post, Jamal Khashoggi.

Putin berkata negaranya akan menunggu keputusan siasatan sebelum memutuskan apa kesannya terhadap hubungan Rusia dengan Arab Saudi.

“Mereka yang percaya bahawa ada pembunuhan mesti menunjukkan bukti.”

“Kehilangan itu adalah suatu tragedi, tetapi kita perlu memahami apa yang berlaku.”

Jamal, warga Arab Saudi yang menetap di Amerika Syarikat, dipercayai hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober untuk menyelesaikan dokumen berkaitan perceraiannya.

Sebagai rekod, Arab Saudi dan Turki telah menubuhkan pasukan bersama untuk menyiasat kehilangan itu yang turut disokong oleh Rusia.

Sementara itu, Turki juga menyeru masyarakat dunia untuk mengabaikan sebarang maklumat yang bocor dalam kes tersebut. Menteri Keadilan Abdulhamit Gul dipetik berkata, bahawa kes Jamal Khashoggi sedang disiasat dengan teliti dan keputusan dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sebelum ini pihak keselamatan Turki mendakwa mempunyai rakaman audio dan video yang menunjukkan Khashoggi didera sebelum dibunuh dan dikerat dalam Konsulat Arab Saudi tersebut kerana beliau lantang mengkritik Riyadh terutamanya Putera Mahkota, Putera Mohammed Bin Salman.

Pembunuhan tersebut turut dikaitkan dengan Putera Mahkota tersebut yang dilihat mampu menjejaskan reputasi Arab Saudi di mata dunia kerana negara kaya minyak tersebut dikenali sebagai negara yang amat pemurah membantu negara Islam lainnya termasuk Malaysia.

Sebelum ini juga dunia digemparkan dengan kemurahan hari kerajaan Arab Saudi yang telah menyalurkan sejumlah 130 bilion dollar kepada 90 buah negara Islam sejak 10 tahun yang lepas.

Pemimpin kerajaan Malaysia sendiri skeptikal dengan pemberian dana atau derma kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang dilihat hanya sebagai ‘pemberian kecil’ jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan sumbangan Arab Saudi kepada negara-negara Islam lainnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts