DAKWA ZAHID UNTUK BUNUH UMNO – PUAD

347
SHARES
2k
VIEWS

DAKWA ZAHID UNTUK BUNUH UMNO

Oleh Mohd Puad Zarkashi
18 Oktober 2018

Apa yang berlaku kepada Presiden UMNO pada hari ini dan esok melengkapkan agenda zalim rejim Mahathir-DAP.

Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan iaitu semata-mata untuk memalukan UMNO, menekan UMNO, memecah-belahkan UMNO, menakutkan pemimpin UMNO lain, mengelirukan ahli UMNO dan meyakinkan rakyat bahawa pemimpin UMNO memang korup.

Puas hati Tun Mahathir kerana berjaya menghina pemimpin utama UMNO iaitu Najib dan Zahid sehingga terpaksa turun naik mahkamah beberapa kali dan tidur di lokap. Bukan itu sahaja famili mereka juga turut didera dan dimalukan.

Sasaran Tun Mahathir hanya UMNO. Sebab itu tidak ada pemimpin MCA, MIC dan GERAKAN yang disiasat dan didakwa. Kenapa? Jawapannya mudah, Tun Mahathir tidak berminat. Ketiga-tiga parti berkenaan pada beliau sudah mati. Tidak perlu dimatikan lagi. Tetapi UMNO nampak liat untuk mati.

Tun Mahathir kecewa kerana selepas PRU ke 14, UMNO belum lagi mati-mati. Beliau berjaya menakutkan Tok Pa yang dianggap sebagai ‘Mr. Clean‘ dalam UMNO. Tok Pa berjiwa kecil. Setelah disoal siasat beberapa jam beliau terus keluar parti. Alhamdulillah, tidak ada siapa yang mengikuti jejaknya hatta pemimpin akar umbi di Jeli.

Kini, gelaran Mahazalim dan Mahafiraun kembali berkemundang. Mahathir memekakkan telinga dan membutakan mata di atas kemungkaran di depan mata apabila kes terhadap Lim Guan Eng digugurkan oleh mahkamah. Semua itu perancangan Mahathir. Jika tidak, masakan Mahathir berani melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri di ketika dia masih dalam perbicaraan mahkamah.

In sha Allah, lambat laun giliran Mahathir untuk dimalukan akan sampai juga. Manusia merancang, Allah merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts