KENAPA PAS MENUKAR PENDIRIAN TERHADAP OKTOBERFEST?

424
SHARES
2.5k
VIEWS

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan membuat kenyataan yang agak lunak berkaitan penganjuran pesta arak Oktoberfest yang mendapat kecaman ramai.

PAS sepatutnya mengambil pendirian konsisten dan tidak perlu bersetuju dengan penganjuran tersebut, bersesuaian dengan imej Islam yang dibawa mereka.

Takiyuddin ketika ditemui di lobi Parlimen dipetik bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh Menteri Wilayah, Khalid Samad bahawa perayaan itu boleh dibenarkan tetapi bersyarat.

“Saya melihat bahawa kerajaan, walaupun setengah pihak tak senang dengan kenyataan Menteri yang mengatakan bahawa perlu dibenarkan dengan syarat.”

“Tapi, saya rasa itu langkah yang perlu dibuat oleh kerajaan. Orang yang tak jadi kerajaan mungkin dia tak tahu.”

Munurut pandangan Takiyuddin, pesta arak tersebut boleh diteruskan asalkan dikawal dan selagi tidak timbul isu pencerobohan terhadap kepentingan orang lain.

“Tapi pokoknya begitulah. Bagi saya perkara ini boleh dibenarkan dengan syarat tidak menimbulkan sebarang pencerobohan terhadap kepentingan orang lain.”

“Kalau sekiranya ia boleh dikawal, dalam keadaan apa pun boleh dibenarkan.”

PAS sebagai sebuah parti Islam tidak sepatutnya membuka ruang terhadap sebarang kerosakan moral  dalam masyarakat walaupun ia dilakukan oleh orang bukan Islam dan tertutup kerana tujuan acara tersebut ialah untuk berpesta minum arak.

Jika tidak dibenarkan sekalipun, setiap malam minggu, ‘kaki minum’ ini tetap akan ‘berpesta’ di setiap pusat hiburan di seluruh negara. Apatah lagi jika pesta yang diadakan setahun sekali yang akan lebih memberi mudarat kerana pesta arak tersebut kini diiktiraf.

PAS wajar bersikap konsisten, jika sebelum ini mereka mengambil sikap tidak membenarkan Oktoberfest maka sekarang juga mereka tidak perlu membuat kenyataan untuk membenarkannya, tidak perlu ‘flip-flop’.

Sebagai rekod, antara syarat-syarat penganjuran Oktoberfest ialah tiada orang Islam dibenarkan menyertai pesta tersebut dan perlu diadakan di tempat yang tertutup, tidak menyusahkan pihak lain serta sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan termasuk tiada sebarang promosi terbuka seperti ‘banner‘ atau sepanduk.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts