MISTERI ‘KEHILANGAN’ KHASHOGGI: RANCANGAN BURUKKAN ARAB SAUDI DI MATA DUNIA?

400
SHARES
2.3k
VIEWS

Spekulasi kehilangan wartawan Saudi Washington Post, Jamal Khashoggi, yang menetap di Amerika Syarikat, telah menggemparkan dunia apabila beliau dikatakan hilang begitu sahaja setelah memasuki Konsulat Arab Saudi untuk mendapatkan dokumen berkaitan perceraiannya.

Jamal yang juga berasal dari Arab Saudi, dikatakan disiasat dan dibunuh oleh pegawai Arab Saudi di konsulat tersebut sebelum mayatnya dipotong-potong untuk tujuan melupuskan bukti.

Jamal kononnya dilihat kali terakhir pada 2 Oktober ketika memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul dan  kemudiannya terus lenyap tanpa ada sesiapa yang melihatnya keluar dari Konsulat tersebut.

Pelbagai spekulasi tersebar selepas itu termasuklah dakwaan pegawai Turki mempunyai rakaman audio serta mempunyai rakaman pembunuhan dan juga bukti mayat Jamal dipotong-potong untuk dilupuskan, yang sehingga kini msih tidak dikeluarkan.

Sejak kehilangan tersebut dilaporkan, media Turki gigih menyiarkan pelbagai khabar angin, spekulasi dan berita sensasi bahawa beliau dibunuh di Konsulat namun pihak Arab Saudi dengan tegas menafikan penglibatan mereka dalam kejadian tersebut.

Walaupun tanpa sebarang bukti kukuh melainkan gambar Jamal memasuki Konsulat Arab Saudi, dakwaan mengenai beliau dibunuh telah menimbulkan kegilaan media di seluruh dunia tetapi hanya berdasarkan andaian dan cerita rekaan yang bersifat sensasi.

Siasatan yang dijalankan oleh Arab News, sebuah portal berita utama Arab Saudi serta pihak yang meragukan Arab Saudi terlibat dalam kejadian tersebut mendapati;

  • Wanita yang dikatakan sebagai ‘tunang’ kepada Jamal tidak dikenali oleh keluarga Jamal sendiri
  • Gambar “Skuad Pembunuh” Arab Saudi sebenarnya adalah gambar lama yang diambil lima tahun lepas

Selain timbul persoalan;

  • Kenapa lebih daripada 160 ‘tweet‘ Jamal di laman Twitter-nya telah dipadamkan selepas beliau didapati hilang?
  • Siapakah yang menguruskan akaun Twitter beliau?
  • Di manakah bukti rakaman video pembunuhan tersebut termasuk kononnya mayat Kashoggi dilupuskan?
  • Kenapa bukti audio pembunuhan tersebut masih belum dikeluarkan oleh pihak yang mendakwa “sumber dari pegawai Turki”?
  • Siapa pegawai Turki tersebut dan kenapa jika mereka tahu sebegitu banyak namun tidak tampil membuat laporan polis?
  • Logik kenapa staf Konsulat Arab Saudi merakamkan pembunuhan Kashoggi jika benar beliau dibunuh oleh mereka?

Pihak kerajaan Arab Saudi telah menafikan perkara ini dan pihak yang mendakwa perlu menghadirkan sebarang bukti yang ada untuk membuktikan dakwaan mereka sebagai benar.

Pihak Arab Saudi pula tidak perlu bersusah-payah membuktikan Kashoggi tidak dibunuh oleh mereka selagi pihak yang mendakwa Arab Saudi terlibat tidak mampu menunjukkan bukti.

Spekulasi tersebar hanya kerana video dan gambar yang menunjukkan Jamal berkunjung ke Konsulat dan oleh kerana tiada bukti menunjukkan beliau keluar dari tempat tersebut yang menjadikan Arab Saudi sebagai terlibat dalam misteri kehilangan atau pembunuhan ini.

Selagi tiada bukti kukuh dikeluarkan oleh mereka yang mendakwa Jamal dibunuh dalam Konsulat tersebut, Arab Saudi masih “tidak bersalah sehingga terbukti bersalah”.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts