SURAT TERBUKA TONY PUA YANG EMOSI DAN TIDAK PROFESIONAL

367
SHARES
2.2k
VIEWS

Berikut disiarkan surat terbuka Setiusaha Politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng iaitu Tony Pua. Surat ini diselangi dengan komen di atas kandungan surat terbuka beliau yang difikirkan tidak profesional dan sangat tidak wajar untuk beliau lakukan atas kapasiti seorang Setiausaha Politik.

__________________________________________

Oleh Tony Pua

Setiausaha Politik Menteri Kewangan
Ahli Parlimen Damansara

10 Oktober 2018

Ke hadapan Lembaga Pengarah MMC-Gamuda,

Apa perlunya Tony Pua menyindir MMC-Gamuda?

Saya ucap tahniah untuk sebuah persembahan yang hebat sejak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan keputusan Kabinet untuk;

(i) Menerima tawaran MMC-Gamuda untuk mengurangkan kos kerja-kerja atas tanah MRT2 sebanyak RM5.2 bilion, menjadikkannya RM17.4 bilion (pengurangan sebanyak 23%) dalam bentuk kontrak ‘turnkey’, dan

(ii) Menamatkan kontrak kerja bawah tanah memandangkan kedua-dua pihak tidak dapat menemui kata sepakat berkenaan pengurangan harga

Menyindir MMC-Gamuda yang memohon pencerahan daripada Kementerian Kewangan

Anda telah mengeluarkan surat mengisytiharkan tidak bersalah, mendakwa bahawa anda menanti tawaran daripada Kementerian Kewangan. Anda mempersoalkan kelayakan konsultan kejuruteraan bebas yang kami lantik.

Menuduh MMC-Gamuda meraih simpati melalui pemberhentian 20,000 pekerja

Anda mengandaikan bahawa keputusan penamatan dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa pertimbangan yang sewajarnya.

Anda cuba untuk meraih simpati, mendakwa tidak kurang 20,000 individu akan kehilangan kerja (wow!).

Menyalahkan pihak dan pekerja yang terkesan daripada tindakan pihak kerajaan

Media sosial anda dengan aktif sekali mempromosi kempen ‘selamatkan 20,000 pekerjaan’ merayu rakyat Malaysia menyokong petisyen anda.

Ada surat yang tular di Whatsapp daripada jurutera graduan kelas pertama yang menyesal mengundi Pakatan Harapan dalam pilihanraya lalu.

Prestasi dan mobilisasi kempen ini sangat mengkagumkan. Persoalan kos projek ini kepada pihak kerajaan langsung tidak dipedulikan.

Penerangan yang sangat tidak perlu

Kami tidak mahu bertikam lidah dengan anda di mata umum. Biasanya itu dikhaskan hanya untuk lawan-lawan politik sahaja. Apatah lagi, kami ingin meneruskan hubungan kerja yang baik bagi menyiapkan kerja-kerja atas tanah bernilai RM17.42 bilion itu.

Kenyataan Tony Pua iaitu MMC-Gamuda sebagai ‘berlagak’ adalah tidak profesional

Namun, tindakan berani tuan-tuan untuk berlagak sebagai mangsa kerajaan ‘zalim’ Pakatan Harapan menuntut supaya suatu jawapan diberikan bagi membetulkan fakta dan rekod.

Kenyataan di bawah sepatutnya disiarkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan dan bukan melalui surat terbuka yang tidak profesional

1. Kontrak asal projek bawah tanah diberikan pada nilai RM15.49 bilion. MRT Corp kemudian memberi tambahan RM1.2 bilion untuk ‘variation order’ yang menyebabkan kontrak yang disemak semula bernilai RM16.71 bilion.

2. Selepas beberapa mesyuarat dan perbincangan, anda menulis surat kepada pihak menteri pada 15 Ogos bagi menawarkan harga semak semula, RM15.1 bilion. Ini berikutan keputusan untuk tidak meneruskan pembinaan dua stesen bawah tanah Bandar Malaysia Utara dan Selatan.

3. Kemudian pada 7 September, anda menawarkan untuk mengurangkan lagi harga kontrak projek bawah tanah sehingga RM14.58 bilion (semua sekali RM32 bilion untuk keseluruhan projek MRT2). Ini bereti penjimatan kos sebanyak RM2.13 bilion atau pengurangan sebanyak 12.7%. Seperti yang disebut pengarah Gamuda dalam mesyuarat bersama menteri pada 4 September – “we offer what we can offer, but anything beyond that will be meaningless to continue”. (Kami tawarkan apa yang kami boleh tawarkan, lebih daripada itu tak ada makna untuk diteruskan)

Tony Pua percaya sepenuhnya dengan penilaian syarikat konsultan bebas

4. Bagaimanapun, berdasarkan kajian konsultan kejuruteraan bebas, MRT Corp sepatutnya menjangka jumlah penjimatan antara RM4.19 hingga RM5.79 bilion bagi anggaran 60% projek yang belum siap. Ya, anggaran penjimatan ini baru untuk baki kerja yang belum siap. Bayangkan penjimatan untuk keseluruhan kontrak.

Justifikasi jawapan ini perlu dibuat secara rasmi oleh Kementerian Kewangan bukan oleh Tony Pua melalui surat terbuka yang memburukkan keadaan

Jadi persoalan yang perlu difikirkan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan ini sangat mudah sebenarnya.

A. Adakah kita akan kata, “Tak apa lah, kita terima sahaja pengurangan RM2.13 bilion yang ditawarkan MMC Gamuda”? Lagipun kita boleh ambil angka ini dan bercakap besar kepada rakyat Malaysia tentang ‘pencapaian’ kita yang hebat, kerana mereka pun bukan tahu yang kita mungkin boleh jimat sebanyak RM2 bilion lagi. Tambahan pula, kita pastinya boleh mengelak publisiti negatif dan proses tender antarabangsa baharu yang perlu dilaksanakan. Leceh dan banyak kerja. ATAU

B. Adakah kita akan menghormati mandat dan amanah yang telah diberikan rakyat dan memaksimakan penjimatan yang boleh kita perolehi daripada projek ini? RM2 bilion boleh digunakan untuk membangun 5 hospital, atau 50 buah sekolah. RM2 bilion adalah jumlah wang yang sangat besar di saat saya melihat rakan-rakan di Kementerian Kewangan berusaha untuk berjimat cermat mencari penjimatan RM50 juta di sini dan mengurangkan perbelanjaan RM80 juta di sana untuk Belanjawan akan datang.

Tony Pua berselindung di sebalik kabinet

Kabinet jelas sekali telah membuat keputusan untuk memilih B. Dan anda betul-betul mahu menyuruh rakyat Malaysia menyalahkan Kabinet kerana menamatkan kontrak ini?

Tony Pua mempertahan syarikat konsultan bebas yang mempunyai 500 pekerja berbanding MMC-Gamuda yang mempunyai 20,000 pekerja yang akan kehilangan kerja

Atau adakah kemudiannya anda akan memilih sasaran berbeza, seperti yang tersirat dalam kenyataan media anda, bahawa konsultan kejuruteraan bebas adalah tidak cukup layak – walaupun mempunyai 500 staf dengan rekod menyelesaikan 80 projek di 24 negara di luar Malaysia?

Menuduh MMC-Gamuda berbohong walaupun dengan jelas mengatakan ‘tiada sesiapa boleh mengesahkan data’

Atau adakah kerana konsultan lantikan kerajaan ini mendedahkan tentang pembohongan berterusan kononnya kos MRT1 dan MRT2 adalah jauh di bawah kos biasa pembinaan sistem metro di rantau Asia, kerana tiada sesiapa yang boleh mengesahkan data yang diberikan?

Memang tidak sepatutnya data dikongsikan dengan syarikat lain, sepatutnya hanya kepada kerajaan

Adakah kami patut mempersoalkan kenapa MMC Gamuda pada mulanya bersetuju berkongsi data kos dengan jurutera konsultan untuk menjustifikasi kos, tetapi kemudian enggan berbuat demikian, kononnya ia “trade secret“?

Saranan Tony Pua yang hanya memperbodohkan diri sendiri

Kepada graduan kejuruteraan kelas-pertama berusia 26 tahun itu, saya memahami pergolakan yang sedang anda hadapi dalam kehidupan hari ini dan ia langsung bukan salah anda. Tetapi, sekiranya Gamuda membuat keputusan untuk tidak mengekalkan khidmat anda, merekalah sebenarnya yang rugi, kerana anda akan boleh membina kerjaya yang turut cemerlang di banyak syarikat lain.

Kepada seramai 20,000 pekerja, seperti yang didakwa MMC, akan kehilangan pekerjaan mereka akibat penamatan kontrak, biar saya tekankan bahawa kerajaan Malaysia bukannya membatalkan projek tersebut.

Nasihat Tony Pua yang tidak masuk akal

Anda akan menemukan banyak lagi peluang apabila projek baharu dijalankan pada kos yang lebih rendah, manakala penjimatan yang diperolehi bermakna lebih banyak projek akan dijalankan pada masa akan datang.

Saranan bodoh yang emosional daripada seorang Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang selalu membuat kesilapan

Tetapi mungkin, daripada memulakan petisyen di Change.org bagi mendesak kerajaan menarik balik keputusan membatalkan kontrak, adalah lebih bermanfaat untuk memulakan petisyen mendesak bos-bos anda di MMC Gamuda untuk memberi tawaran yang terbaik kepada kerajaan Malaysia.

Terima kasih.

(Petikan penuh surat terbuka beliau dipetik dari portal berita online Astro Awani)

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts