ISU MRT2: SIAPA DI SEBALIK GAMUDA?

439
SHARES
2.6k
VIEWS

Isu pakej MRT2 Gamuda-MMC ditarik balik kerajaan

Saya lihat ada yang mengkritik saya apabila saya meluahkan kesedihan pakej MRT2 yang diperolehi Gamuda-MMC secara tender terbuka ditarik balik di mana 20,000 pekerja dan 600 lagi syarikat tempatan akan hilang punca pendapatan begitu sahaja.

Tuduhan Gamuda sebagai kroni Najib atau UMNO

Mereka menuduh Gamuda ini kroni saya atau kroni UMNO.

Senarai pemegang saham Gamuda

Ini ialah senarai 30 pemegang saham terbesar Gamuda (di bawah artikel). Adakah kroni saya KWSP, PNB, KWAP, unit amanah swasta ataupun syarikat insuran hayat?

Tidak. Semua ini akhirnya dipegang oleh rakyat dan manfaat dipulangkan kepada rakyat sendiri.

Ketika pentadbiran saya, saya telah memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan dan tumpuan diberikan kepada rakyat dalam memastikan dividen lebih tinggi bagi KWSP, PNB, Tabung Haji dan dana lain berbanding pada akhir 1990 dan awal 2000.

Projek mega diberikan kepada syarikat pemilik tabung simpanan rakyat

Kebanyakan projek-projek besar di Malaysia diberi kepada syarikat-syarikat berkebolehan yang sahamnya banyak dipegang oleh tabung-tabung simpanan rakyat.

Aset KWSP naik dari RM341 bilion ke RM841 bilion

Berbanding akhir tahun 2008, iaitu sebelum saya menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri sehingga saya berhenti, aset KWSP naik dari RM341 bilion kepada RM841 bilion.

Aset PNB naik dari RM120 bilion kepada RM280 bilion

Aset PNB naik dari RM120 bilion kepada RM280 bilion, aset Tabung Haji naik dari RM20.8 bilion kepada RM73 bilion manakala aset KWAP naik dari RM52 bilion kepada RM140.8 bilion.

Pakej MRT2 Gamuda dianugerahkan melalui tender terbuka antarabangsa

Untuk makluman, pakej MRT2 Gamuda-MMC yang dibatalkan ini telah dianugerahkan kepada mereka pada tahun 2016 di dalam tender terbuka antarabangsa di mana syarikat ini antara senarai pendek 5 syarikat dan Gamuda-MMC berjaya mengatasi saingan dari dua syarikat gergasi China, Hyundai Engineering dari Korea dan Taisei Corp dari Jepun.

Gamuda menang dalam aspek kemampuan teknikal dan harga

Gamuda menang dari segi teknikal yang terbaik dan harga yang termurah.

Tender semula tidak menjamin harga akan lebih murah

Belum tentu harga akan menjadi lebih murah jika pakej MRT2 ini ditender semula.

Rakyat terlalu mudah percaya fitnah Gamuda milik kroni Najib

Amat mudah saya lihat rakyat diperdaya untuk memfitnah saya kononnya Gamuda adalah kroni saya.

Adakah kroni sebenar saya ialah rakyat?

(Dipetik dari laman Facebook Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts