BILLION DOLLAR WHALE BERSUMBERKAN SARAWAK REPORT YANG TIDAK ‘CREDIBLE’

404
SHARES
2.3k
VIEWS

Clare Rewcastle Brown tuduh Tom Wright dan Bradley Hope (wartawan Wall Street Journal) menggunakan sumber Sarawak Report untuk menulis buku mengenai 1MDB, “Billion Dollar Whale”. Persoalannya apakah sumber Sarawak Report merupakan bukti yang ‘credible’?

Semasa sesi promosi buku berkenaan di KL, Tom Wright menggelabah bila ditanya oleh seorang peserta yang hadir, apakah dia ada dokumen sebagai bukti yang boleh digunakan di mahkamah. Jawapan beliau ialah jangan tanya kerana dia bukan pendakwaraya.

Sebenarnya kedua-dua pihak yang bergaduh ini memperniagakan isu 1MDB untuk mencari keuntungan. Bahkan Tom Wright dan Bradley Hope telah pun membuat perjanjian bersama Datuk Michelle Yeoh untuk menerbitkan sebuah filem berasaskan buku tersebut. Kini warga Swiss Xavier Andre Justo yang pernah ditahan di Thailand juga ingin menulis buku mengenai 1MDB.

Bekas Peguam Negara, Ghani Patail pernah mengatakan sejak tahun 2015 lagi mereka sudah bersedia untuk mendakwa Najib. Tetapi lama kelamaan masa membuktikan, isu 1MDB hanyalah tunggangan untuk diperniagakan, politik dan fitnah.

Peguam terkenal TS Shafie Abdullah telah membaca buku “Billion Dollar Whale” tiga kali. Menurut beliau, ia hanyalah buku Hollywood. Ia bukan buku bukti perundangan tetapi untuk buat filem.

Pada beliau lebih baik baca laporan DOJ Vol 1-3. Itu pun tiada siapa yang kena dakwa. SPRM sendiri kata siasatan baru siap 60 peratus. Sebenarnya 1MDB telah dibakul sampahkan oleh mereka sendiri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts