PUAD: MAHATHIR BERLAKON TOLAK SUMBANGAN RM100 JUTA

619
SHARES
2.5k
VIEWS

MAHATHIR BERLAKON TOLAK SUMBANGAN RM100 JUTA

Oleh Mohd Puad Zarkashi
6 Oktober 2018

Parti politik dalam Kerajaan PH bernasib baik kerana belum ada pegawai bank yang berani membocorkan maklumat dana politik yang mereka terima. PH juga bernasib kerana ketiadaan Akta Dana Politik membolehkan mereka menyembunyikan maklumat dana politik yang diterima. Semalam Mahathir memberi berbagai alasan untuk melewatkan Akta Dana Politik.

Sebenarnya DAP antara parti yang kuat menentang Akta Dana Politik. Mungkin mereka menerima banyak dana daripada tauke judi termasuk dari kegiatan haram. Jadi DAP terselamat daripada tindakan money laundering di bawah Akta AMLA.

Tauke Country Height Tan Sri Lim Kim Yew dalam temubual bersama The Sunday Star (22.7.2018) secara terbuka mengakui menyokong Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan BN. Bahkan dia yang menemukan Mahathir-Lim Guan Eng pada tahun 2016 yang membawa kepada pembentukan pakatan pembangkang.

Maka amat mustahil dia tidak memberi dana kepada PPBM dan DAP. Bahkan dia mengaku menaja banyak aktiviti perhimpunan dan seminar anjuran PH sebelum pilihanraya. Satu sebab dia marah kepada Kerajaan BN kerana sering dikejar oleh Pegawai IRD kerana lewat membayar cukai.

Sebab itu bila Mahathir buat kenyataan, menolak sumbangan RM100 juta kepada Tabung Harapan, ia adalah lakonan. Siapa yang berani jamin mereka itu tidak memberi dana politik kepada PH. Tabung Harapan sendiri adalah tabung politik tetapi dihalalkan atas alasan membantu kerajaan kerana dibebani hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN.

Sebaliknya apabila PH berkuasa, Mahathir menggunakan Akta AMLA untuk bertindak ganas terhadap dana politik yang diterima UMNO.

Mengeksploitasikan isu RM2.6Bb sebagai sumber curi daripada 1MDB. Tekanan dibuat terhadap UMNO. Bukan sahaja akaun UMNO Pusat dibekukan bahkan akaun beberapa UMNO Negeri turut dibekukan.

Tidak cukup dengan itu duit pilihanraya UMNO sebanyak RM160 juta juga dirampas. 15 Oktober ini kes tuntutan UMNO terhadap rampasan ini akan didengar di Mahkamah.

UMNO tuntut RM160 juta yang dirampas Polis di sebuah kondo di Pavillion KL. Polis mendakwa mereka cuma ambil RM116.7 Juta sahaja. Mana baki RM43.3 Juta lagi? Hilang atau dicuri? Itu duit UMNO dan UMNO menuntut jumlah RM160 Juta.

Polis mendakwa ketika serbuan dibuat untuk merampas wang tersebut ianya dilakukan secara profesional. UMNO pula mendakwa serbuan pada 17 Mei itu adalah tidak sah dan salah dari segi undang undang.

Kenapa buat rampasan apabila pemiliknya tiada di rumah? Tiada saksi, tiada surat yang ditandatangani termasuk counter signature daripada pemilik sebagai pengesahan. Begitu juga kenapa tidak dikira jumlah wang yang dirampas di hadapan pemiliknya?

Maka tagline “Malaysia Baru” adalah transparensi, sebenarnya bohong dan mengarut.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts