BILA UNDANG-UNDANG RIMBA DIKUATKUASA, “HADHARIAH DIMINTA MENYEMAK SEMULA KES YANG DIPUTUS OLEH HADHARIAH”

386
SHARES
2.3k
VIEWS

BILA UNDANG-UNDANG RIMBA DIKUATKUASA, “HADHARIAH DIMINTA MENYEMAK SEMULA KES YANG DIPUTUS OLEH HADHARIAH”

Oleh Datuk Lokman Noor Adam

5 September 2018

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini semakin jelas bahawa bantahan Pemantau Malaysia Baru terhadap pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Richard Malanjum mempunyai asas yang sangat kukuh.

Tidak perlu saya nyatakan dengan panjang lebar betapa tunggang-langgangnya sistem perundangan dan kehakiman negara sejak rejim zalim Mahathir DAP memerintah.

Terkini, sesuatu yang sangat pelik berlaku. Kes permohonan semakan semula yang difailkan oleh saudara Muhsin berhubung keputusan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaskan Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon yang sepatutnya didengar depan Hakim Dato Wahab bin Mohamed, tiba-tiba kes ini dipindahkan untuk di dengar oleh Datuk Hadhariah sendiri.

Adakah rakyat Malaysia ini terlalu bodoh sehinggakan mereka boleh berbuat sesuka hati, seolah-olahnya semua rakyat ini telah buta hati? Bagaimana mungkin kes ini boleh mendapatkan keadilan yang sewajarnya dalam keadaan Dato Hadhariah inilah yang telah melepaskan Lim Guan Eng dalam kes rasuah pembelian banglo bawah harga pasaran dari Phang Li Khoon?

Bukan setakat dilepaskan, malah dilepaskan dan dibebaskan sekali pula tu. Dalam keadaan sistem perundangan dan kehakiman negara yang semakin parah ini, kita tidak akan mendengar sebarang teguran dilakukan oleh mereka yang kononnya hendak melakukan perubahan kepada sistem pemerintahan negara.

Tiada langsung bantahan dari Bar Council yang hari ini boleh ditukar nama menjadi Lembaga Penasihat Undang-Undang DAP, tiada bantahan dari Anwar Ibrahim, tiada bantahan dari Nurul Izzah, apatah lagi Rafizi Ramli.

Apa nak buat #MalaysiaMemilih #LawOfThe Jungle #MalaysiaBoleh

Lokman Adam
Presiden
Pemantau Malaysia Baru

________________________________________________________________________________________________________________________

KENYATAAN MEDIA
Mahkamah Tinggi Malaya di George Town (PA-44-43-09/2018)
Muhsin bin Abdul Latheef v Pendakwa Raya, Lim Guan Eng and Phang Li Koon

1. Pemohon, Muhsin bin Abdul Latheef, memfailkan sendiri notis usul dan afidavit sokongan pada 19 September 2018 untuk memohon satu perintah agar keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes jenayah Pendakwa Raya v Lim Guan Eng dan Phang Li Koon pada 3 September 2018 adalah boleh dikaji semula atau diubah.

2. Pemohon menemui saya pada 1 Oktober 2018 dan meminta agar saya mewakilinya semasa pendengaran pada 3 Oktober 2018 (hari ini). Sebelum ini saya hanya menulis surat representasi kepada Pendakwa Raya bagi pihak pemohon meminta agar perbicaraan kes jenayah tersebut tidak diberhentikan.

3. Setelah meneliti dokumen-dokumen yang difailkan oleh pemohon, saya mendapati permohonan beliau mempunyai merit dan kes ini sesuai dan wajar untuk diputuskan oleh Mahkamah.

4. Walaubagaimanapun, saya meletakkan syarat bahawa saya hanya akan mewakili pemohon sekiranya pendengaran permohonan ini ditangguh ke satu hari lain yang lebih sesuai. Ini adalah kerana saya memerlukan masa untuk membuat persediaan yang rapi dan juga kerana saya mempunyai kes lain di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam pada masa yang sama.

5. Pemohon bersetuju dan saya, pada hari yang sama (1 Oktober 2018), menghantar surat kepada Mahkamah serta salinan kepada peguam responden-responden melalui emel meminta penangguhan.

6. Saya telah menghubungi Mahkamah beberapa kali pada 2 Oktober untuk mendapatkan kepastian sama ada pendengaran akan dijalankan atau tidak, namun saya tidak mendapat sebarang jawapan.

7. Ketika itu, Mahkamah juga tidak pasti Hakim mana yang akan mendengar permohonan tersebut. Menurut notis pendengaran bertarikh 29 September 2018, pendengaran ini sepatutnya diadakan di hadapan Y.A. Abdul Wahab bin Mohamed tetapi di saat-saat terakhir dipindah ke hadapan Y.A. Hadhariah binti Syed Ismail.

8. Oleh itu, saya menulis satu lagi surat bertarikh 2 Oktober 2018 kepada Mahkamah serta salinan kepada peguam responden-responden melalui emel untuk memaklumkan tarikh-tarikh lapang saya sekiranya pendengaran ditangguh.

9. Saya juga memaklumkan Mahkamah dalam surat yang sama sekiranya pendengaran tidak ditangguh, maka pemohon akan membuat hujahan sendiri berdasarkan pada nasihat yang saya telah berikan.

10. Memandangkan permohonan ini melibatkan kepentingan awam dan integriti Jabatan Peguam Negara, maka saya akan mempelawa Majlis Peguam untuk mencelah dalam prosiding ini demi menegakkan keadian.

Sekian, terima kasih.

Gunamalar Joorindanjn
M/s. Gunamalar Law Chambers
Peguambela Pemohon

3 Oktober 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts