SUHAKAM PERTIKAI LANTIKAN AZHAR SEBAGAI PENGERUSI SPR

349
SHARES
2k
VIEWS

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mempertikai pelantikan Azhar Harun sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu kerana bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan.

“Menjadi tanggungjawab Suhakam untuk mengingatkan bahawa pelantikan Azhar tidak selari dengan janji pilihan raya kerajaan HARAPAN yang menyatakan pelantikan jawatan itu sepatutnya dilakukan melalui Parlimen demi memastikan ketelusannya.”

Pengerusi SPR, Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataaan hari ini berkata, lantikan tersebut sepatutnya dibuat melalui Parlimen.

Pihak yang mempertahankan pelantikan Azhar, berhujah bahawa rancangan untuk melantik ketua institusi-institusi utama melalui Parlimen tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan meminda Perlembagaan.

“Nasihat Suhakam adalah supaya SPR dapat segera menangani pelbagai isu yang telah mencacatkan proses pilihan raya yang sepatutnya berjalan bebas dan adil, terutamanya persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dipersoalkan banyak pihak.”

“Suhakam juga menasihati SPR agar dapat memartabatkan semula prinsip kebebasan, ketelusan, integriti, kecekapan dan keadilan, yang mana gagal dilakukan oleh SPR yang terdahulu.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts