BUKU BILLION DOLLAR WHALE MAKAN DIRI?

363
SHARES
2.1k
VIEWS

Peguam kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersedia bertemu penulis buku Billion Dollar Whale untuk membuktikan apa yang mereka tulis dalam buku itu mengesahkan bahawa Najib tidak tahu mengenai kemasukan dana ke akaun peribadinya adalah daripada hasil wang haram.

Peguam terkemuka itu berkata penulis buku tersebut iaitu wartawan Wall Street Journal, Bradley Hope dan Tom Wright, bukan peguam dan mereka tidak menulis untuk tujuan perundangan.

Shafee juga memaklumkan kepada pihak media bahawa ada beberapa bahagian dalam buku tersebut telah diulang baca olehnya sebanyak tiga kali.

Ini berikutan terdapat komen oleh penulis yang memberitahu media bahawa Shafee mungkin tidak membaca keseluruhan buku tersebut apabila mendakwa ia menunjukkan anak guamnya tidak mengetahui urus niaga berkenaan.

“Di kebanyakan bahagian buku yang saya baca tiga kali, dia (pengarang) sebenarnya mengesahkan bahawa Najib telah dikelirukan oleh orang seperti Jho Low dan beberapa orang Arab (penderma).”

“Saya boleh duduk dengan pengarang dan berbahas dengannya kerana saya boleh menyebutkan beberapa halaman dan perenggan.”

“Dalam perenggan-perenggan ini, beliau berkata Najib keliru dan di bahagian lain dia menyimpulkan Najib mungkin tahu dana haram itu.”

Sebelum ini juga, penulis berkenaan iaitu Tom Wright tergagap-gagap dan gagal untuk menjawab dengan baik apabila ditanya secara spontan oleh seorang pengunjung yang hadir ke program pelancaran buku tersebut di Gedung Buku Kinokuniya apabila beliau bertanyakan soalan, “adakah di mana-mana dalam buku tersebut terdapat bukti kukuh yang menunjukkan Najib bersalah dalam isu 1MDB”.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts