SPR PERLU JELASKAN TUDUHAN BERSIH TERHADAP MEREKA – NAJIB

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak

3 Oktober 2018

BERSIH nafi mereka buat laporan polis

Semalam, BERSIH berkata bukan mereka yang pilih kasih melaporkan saya kepada pihak polis kerana saya didakwa telah melakukan kesalahan memuatnaik satu hantaran di Facebook pada pukul 7 pagi hari mengundi PRK Sg Kandis walaupun saya bukan calonpun.

BERSIH kata SPR yang buat laporan polis

BERSIH menjelaskan bahawa pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang membuat laporan polis terhadap saya walaupun BERSIH menghantar senarai kesalahan yang juga mengandungi kesalahan-kesalahan yang agak berat dari pihak PKR termasuk calon PKR sendiri.

Pelbagai tuduhan BERSIH terhadap salah laku calon PKR

Kesalahan-kesalahan yang dituduh oleh BERSIH sendiri terhadap PKR dan calonnya termasuk berkempen di sekolah yang juga pusat mengundi, pemberian penukaran minyak hitam motosikal percuma, pemeriksaan kesihatan percuma dan ubatan percuma serta menyalah guna aset kerajaan dan berkempen dalam acara-acara kerajaan.

BERSIH lepas tangan dan menuduh SPR bertanggungjawab

Ini bermakna BERSIH telah lepas tangan dan menuduh SPR sebagai pihak yang pilih kasih kerana hanya membuat laporan polis terhadap saya tetapi tidak terhadap PKR dan calon PKR.

Apa penjelasan SPR?

Saya ingin tahu apa penjelasan pihak SPR kerana sebagai pihak yang patut berlaku adil, tuduhan BERSIH terhadap mereka ini, adalah amat serius.

(Dipetik melalui laman Facebook beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts