Beliau yang dipetik berkata pada Pidato Malaysia Baru sempena pemilihan PKR di Kuala Terengganu malam tadi, daripada 49 anggota Parlimen UMNO ketika ini hanya akan tinggal beberapa orang sahaja lagi hujung bulan ini.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ketika ditemui media selepas program itu, menjelaskan bahawa kenyataan beliau adalah berdasarkan penilaiannya terhadap Perhimpunan Agung UMNO yang  hambar tanpa pendirian tegas dalam menentukan hala tuju parti tersebut.