AZMIN SELAR BUDAYA TAASUB KEPADA PEMIMPIN DALAM PKR

356
SHARES
2.1k
VIEWS

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR menyelar budaya yang sama seperti UMNO yang kian menular dalam PKR.

Azmin mendakwa budaya cium tangan, membodek dan mendewa-dewakan pemimpin seperti dalam parti UMNO yang kini semakin menular dalam PKR wajar dibendung segera dengan ahli PKR seharusnya membudayakan idealisme perjuangan dan tidak taasub kepada pemimpin.

“Saya nampak budaya cium tangan seperti dalam UMNO dah berlaku dalam PKR sekarang.

“Saya nak ingatkan supaya semua anggota parti setia kepada perjuangan dan jangan taasub kepada pemimpin kerana budaya ini tidak sihat.”

Mohamed Azmin dipetik berkata kepada media selepas menemui ahli PKR Terengganu dalam Pidato Malaysia Baru sempena siri jelajah menjelang pemilihan parti itu di Kuala Terengganu, malam semalam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts