KHAIRY MASIH TERKILAN TIDAK DAPAT JADI PRESIDEN UMNO?

361
SHARES
2.1k
VIEWS
Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin mengkritik Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu jelas dalam membentangkan hala tuju parti.
Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO tidak memahami strategi Zahid kerana sejak beliau dikalahkan dalam persaingan merebut jawatan Presiden UMNO, terserlah ketidakpuasan hati beliau terhadap setiap perkara yang dibuat oleh Zahid.

Sama ada Zahid mendiamkan diri ataupun mengeluarkan kenyataan, Khairy pasti akan mencari jalan untuk membidas Zahid dan kenyataan Zahid sebelum ini yang mahu UMNO membentuk kerajaan perpaduan bersama PAS dan parti dalam Pakatan Harapan, turut dibidas olehnya.

Tindakan Khairy ini sama seperti pasca PRU-14 apabila sering mengkritik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai punca kekalahan UMNO dan kini Zahid pula menjadi sasarannya.

Jelas pendirian menantu Perdana Menteri kelima ini hanyalah pendirian seorang oportunis dan kurang matang dalam menilai strategi dalam diam Zahid yang ingin memartabatkan kembali UMNO melalui usaha membentuk kerajaan perpaduan bersama kerajaan sekarang, sama ada melalui kem Tun Mahathir ataupun kem Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy membidas demikian selepas mendengar Zahid menyampaikan ucapan perasmian selama dua jam pada perhimpunan agung parti itu malam tadi di PWTC, Kuala Lumpur.

“Kamu memimpin parti, perlu jelas.”

“Kamu tidak boleh kata minggu lalu meneroka kerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dan hari ini pula kata nak lawan, zalimlah, macam-macam.”

“Saya tidak keliru. Tetapi kamu perlu jelas ke mana arah tuju parti.”

Khairy perlu berjiwa besar jika ingin memimpin UMNO dan bukan bersikap kebudak-budakan seperti ini dan UMNO perlu bersyukur kerana ahli-ahlinya tidak memilih Khairy selaku Presiden sebelum ini.

Jelas Khairy masih belum matang dalam berpolitik kerana hanya mampu mentafsir tindakan luaran Zahid dan sikap beliau yang “rasa lebih cerdik dari orang lain” dan tidak setia ini tidak akan membawa beliau ke mana-mana dalam politik kerana hanya menjadi bahan jenaka orang ramai.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts