TUJUAN UTAMA BERTEMU TRUMP – NAJIB

347
SHARES
2k
VIEWS

Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak

29 September 2018

Pada September tahun lalu ketika saya mengadakan kunjungan bertemu Presiden Trump di Amerika Syarikat dan bercakap dengan beliau bahawa Malaysia akan melabur dan membeli lebih produk dari Amerika Syarikat, saya dikritik dengan hebat seolah-olah saya mahu merasuah Amerika Syarikat dalam kes DOJ.

Ramai yang mengkritik tidak tahu bahawa beberapa bulan sebelum lawatan saya iaitu pada bulan April, Malaysia telah diletakkan secari rasmi oleh Amerika Syarikat di dalam senarai 17 negara termasuk negara China yang didakwa melakukan penipuan perdagangan.

Melawan penipuan perdagangan adalah salah satu janji dan keutamaan Trump ketika beliau berkempen untuk menjadi Presiden.

Tuduhan ini dibuat dengan alasan bahawa perdagangan dua hala sejak tahun 1990an melihat Amerika Syarikat mengalami defisit tinggi dengan Malaysia – iaitu nilai ekspot Malaysia ke negara mereka jauh lebih tinggi berbanding import Malaysia dari Amerika Syarikat.

Ini sangat berbahaya kepada negara kerana Amerika Syarikat merupakan negara dagangan ketiga terbesar kita.

Jika tuduhan ini tidak dilenyapkan, maka Malaysia bakal menghadapi sekatan perdagangan ataupun eksport negara ke Amerika Syarikat bakal dikenakan tarif yang tinggi seperti yang kini dialami oleh negara China.

Jika situasi ini berlaku maka eksport negara kepada Amerika Syarikat akan jatuh teruk. Situasi akan menjadi lebih parah. Beratus ribu pekerjaan dan ekonomi kita akan terjejas.

Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui perjumpaan saya dengan Presiden Trump untuk menjelaskan dan memberitahu beliau bahawa Malaysia juga banyak membeli ataupun melabur di Amerika Syarikat dan kita bukan penipu perdagangan.

Sebelum saya melawat ke Amerika Syarikat, akhbar tempatan juga telah melaporkan matlamat saya ini namun mungkin ramai terlepas pandang kerana secara umum, ramai tidak berminat dalam hal-ehwal perdagangan atau perhubungan antarabangsa.
http://www.utusan.com.my/…/malaysia-tidak-tipu-dalam-perdag… (Ogos 2017)

Saya berjaya meyakinkan Presiden Trump dan Malaysia tidak dikenakan tarif dan kita tidak lagi disenaraikan sebagai negara melakukan penipuan perdagangan. Tetapi oleh kerana propaganda dan serangan Pakatan, saya dikecam teruk seolah-olah mahu merasuah Presiden Trump dan Amerika Syarikat.

Saya harap Malaysia akan terus kekal daripada dikategorikan sebagai melakukan penipuan perdagangan oleh Amerika dan bebas dari dikenakan tarif penalti.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts