ZAMIL CABAR SHUKRI SIASAT KEKAYAAN KELUARGA MAHATHIR

425
SHARES
2.5k
VIEWS

Bekas Presiden Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Zamil Ibrahim mencabar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull supaya membuka semula fail laporan daripada pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kekayaan keluarga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sila korek balik, kalau hanya fokus kepada BN sahaja, kamu bacul. Kami beri 48 jam masa kepada kamu.”

Shukri juga digesa agar mengingat kembali ucapan beliau ketika majlis perpisahan pada 2016 yang ketika itu meminta anggota SPRM menjalankan tugas dengan baik kerana bakal disoal di akhirat.

Zamil mempersoalkan, adakah tindakan Mohd Shukri hari ini tidak akan ditanya di akhirat kerana didakwa berat sebelah dalam membuat keputusan.

“Kita minta Yang di-Pertuan Agong kaji semula pelantikan Mohd Shukri.”

“Maaf saya cakap tindakan beliau sekarang macam pengecut.”

“Beliau gagal jalankan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, nampak macam nak menekan pemimpin Barisan Nasional (BN) sahaja.”

Beliau dipetik dalam ucapannya di Himpunan Pertahanan Institusi Diraja di hadapan pintu C Istana Negara, di sini, malam tadi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts