JIKA PENDAKWAH BUKAN ISLAM, SEMUA PEKAKKAN TELINGA – IBRAHIM ALI

416
SHARES
2.3k
VIEWS

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa mengenai cara dakwah Dr. Zakir Naik tidak sesuai di Malaysia, mendapat kritikan kritikan ramai dan antaranya ialah Presiden Perkasa, Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali.

Ibrahim dipetik berkata, apabila timbul isu mengenai individu atau pendakwah bukan Islam, semuanya seolah-olah dipekakkan dan tidak diambil tindakan oleh kerajaan hari ini hatta melibatkan isu keganasan tetapi apabila melibatkan institusi Islam, perkara tersebut sering diperbesar-besarkan.

Adakah beliau takut kepada HINDRAF?”

“Sedangkan di FB beliau sendiri kata KPN ketika itu (2016), tertekan atas desakan Hindraf dan pihak tertentu yang tak suka cara berhujah Zakir Naik.”

“Bila ada isu pendakwah bukan Islam atau golongan bukan Islam, bisu macam orang pekak.”

Beliau turut memberi contoh mengenai isu Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad yang mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar menutup pusat tahfiz yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara haram.

Kenyataan Mujahid juga dilihat tidak berlandaskan fakta yang tepat serta bertentangan dengan kenyataan beliau sendiri yang disiarkan di laman Facebook beliau pada 12 April 2016 yang jelas mengatakan “tidak salah dalam konteks perdebatan sihat.”

“Walaupun demikian, saya tidak boleh menghalang kaedah DZN sebab ada yang tertarik dengan cara begitu dan ia tidak salah dalam konteks perdebatan sihat.”

Namun Mujahid juga menukar pandangan kepada “cara begitu tidak sesuai di Malaysia” serta masih berpegang kepada hujah bahawa Zakir menggunakan kaedah ‘menyerang’ dan merendah-rendahkan agama lain.

“Saya mungkin tidak setuju beberapa pandangan DZN, khusus caranya yang dilihat ‘menyerang’ doktrin dan dogma sesuatu agama.”

“Ada kaedah lain juga yang membincangkan perbandingan agama secara ‘sharing’ doktrin dan dogma agama masing-masing tanpa rebuttal dan membiarkan orang ramai bertanya pada pembentang soalan-soalan menurut perspektif agama masing-masing. Ini juga adalah dalam skop perbandingan agama.”

Pandangan Mujahid juga disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang dipetik berkata, tidak kira agama apa sekalipun, kaedah merendahkan agama lain tidak sepatutnya berlaku dan hanya akan menjejaskan hubungan etnik dan masyarakat berbilang agama.

Berikut adalah transkrip kenyataan Mujahid pada ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengenai cara Zakir Naik yang menurut beliau tidak sesuai di Malaysia;

“Ada orang bertanya, kalau berdebat macam Zakir Naik tu bagaimana?”

“I will have my own point of view on this.”

“Tidak semua orang boleh menerima debat yang berbentuk kita seolah merendahkan agamanya, for whatever point you have.”

“Kaedah berdebat begitu tidak sesuai di Malaysia.”

“Kerana dia akan menimbulkan berbagai persepsi kebencian.”

“Sebab itu dalam isu sensitif ini, kita minta bukan sahaja Zakir atau sesiapa sahaja dan baik daripada mereka yang bukan Islampun.”

“Kalau ada paderi-paderi hebat merekapun, this is Malaysia, you must respect Malaysian way.”

https://youtu.be/IUXPNuJ623o

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts