BOIKOT PRK PORT DICKSON ELAK KEMUDARATAN LEBIH BESAR – LOKMAN

526
SHARES
2.4k
VIEWS

BOIKOT PRK PORT DICKSON UMPAMA MELAKUKAN KEMUDARATAN KECIL BAGI MENGELAKKAN KEMUDARATAN YANG LEBIH BESAR

Oleh Dato’ Lokman Noor Bin Adam

25 September 2018

Saya antara yang lantang cadang UMNO tanding dan letak Tok Mat Hassan sebagai calon di pilihanraya kecil (PRK) Port Dickson. Namun, selepas perbincangan yang panjang lebar dalam MT UMNO dan bila melihat keadaan PKR sekarang, dari segi strateginya UMNO kena bagi Anwar oksigen dengan membiarkan dia menang.

Sekarang di Pulau Pinangpun Azmin telah memenangi pemilihan Timbalan Presiden berbanding calon Anwar, Rafizi Ramli. Ini bermakna ahli PKR pun sudah tidak mendengar cakap Anwar.

Situasi sekarang dalam PKR, 25 MP sahaja yang masih dengan Anwar, 24 MP lagi dengan Azmin. Agak-agak kalau Anwar kalah PRK ini, berapa MP dari 24 baki MP yang pro Anwar akan masih sokong Anwar? Silap haribulan hanya Nurul Izzah dan Wan Azizah serta mungkin satu dua lagi sahaja yang tinggal.

Kalau 40 org dari 49 MP PKR dibawa lari oleh Azmin menyertai Mahathir, beliau dah ada 53+5 katak dari BN, Bersatu akan memiliki 58 kerusi. Mahathir tiba-tiba akan jadi parti yang mempunyai kerusi paling banyak di Parlimen. Kalau ini berlaku, tunggulah lagi 5 tahun baru kita boleh tumbangkan rejim zalim Mahathir-DAP.

Tetapi kalau Anwar menang, dengan 25 MP sokong beliau, Anwar akan punyai 3 pilihan:

1) Beliau menarik 25 MP yang menyokongnya untuk bentuk kerajaan dengan UMNO dan PAS. Jika PAS tidak boleh terima Anwar jadi PM, maka Anwar perlu meletakkan proksi yang paling dipercayai.

2) Anwar tidak berkerjasama dengan mana-mana parti. Beliau menarik sokongan 25 MP PKR supaya tidak menyokong Mahathir sebagai PM, Mahathir tinggal 102 kerusi, kerajaan digantung dan PRU perlu diadakan semula.

3) Anwar kekal menyokong Mahathir dalam Pakatan Harapan, biarkan Mahathir mengkayakan lagi anak-anak dan kroninya sepertimana Opcom dikayakan oleh Telekom Malaysia, Petron dikayakan dengan pembekalan petrol kepada kerajaan dan Ting Phek Khiing dikayakan dengan projek Langkawi City.

Bila rakyat marah, bukan setakat Mahathir, dengan Anwar sekali rakyat akan tolak.

Adakalanya, kita perlu kalah dalam satu pertempuran, bagi memenangi satu peperangan.

Presiden,
Pemantau Malaysia Baru

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts