BN SAH BOIKOT PRK PORT DICKSON

380
SHARES
2.2k
VIEWS

Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membuat pengumuman BN telah mengambil keputusan untuk memboikot pilihan raya kecil Port Dickson (PRK PD) yang akan diadakan Oktober depan.

“Maka kami mengambil keputusan bahawa BN akan boikot PRK PD.”

“Ertinya kita tak akan letakkan calon mewakili BN atau atas nama BN.”

Beliau yang juga Presiden UMNO mengumumkan pendirian BN tersebut ketika mempengerusikan mesyuarat biro politik di ibu negara sebentar tadi.

Namun Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas menyatakan hasrat mencabar Anwar di kerusi itu yang dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan sekali gus  berpeluang menjadi Perdana Menteri kelapan.

Melalui pengumuman terkini keputusan BN memboikot PRD PD tersebut, tumpuan kini kepada parti PAS yang sebelum ini Presidennya berikrar tidak akan memberi laluan mudah dan kemenangan percuma kepada Anwar.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun hari ini berpendapat PAS tidak harus terlibat kerana pilihan raya itu “sengaja diada-adakan untuk memenuhi kehendak individu tertentu”.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts