PEMILIHAN PKR: AMARAN ANWAR KEPADA INDIVIDU YANG TAWAR PROJEK

350
SHARES
2.1k
VIEWS

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud individu berkuasa tertentu yang menggunakan taktik kotor untuk menang jawatan dengan menawarkan projek bagi mendapat sokongan ahli dalam pemilihan parti.

Beliau bertegas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin seperti itu, .katanya ketika berucap dalam Sambutan Hari Malaysia 2018 PKR Sabah di sini hari ini.

“Kamu sokong aku nah projek, ada… saya tahu, kalau saya tahu, jaga. Azizah (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dia Presiden dia baik sikit, kalau saya naik (Presiden) saya ‘lesing’.”

Anwar mahu hanya pemimpin yang bersih mene­rajui parti agar objektif utama PKR mentadbir negara dengan pembaharuan lebih baik dapat dicapai dan menasihatkan setiap perwakilan parti agar memilih pemimpin yang berkaliber dan menawarkan polisi terbaik, bukannya menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.

Beliau juga mengakui kelemahan dalam sistem pemilihan e-undi parti itu sehingga menimbulkan kekecohan dan menyebabkan proses pengundian di sembilan cabang di Kedah ditangguhkan.

ANwar juga tidak bersetuju kelemahan itu dijadikan alasan untuk menimbulkan kekecohan termasuk insiden membaling kerusi yang berlaku di Pulau Pinang yang boleh menjejaskan imej parti.

Anwar memberi amaran akan memecat mana-mana ahli yang menimbulkan kekecohan dan terlibat dalam insiden membaling kerusi kelmarin.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts