INSIDEN BALING KERUSI: ANWAR TEGUR AHLI PKR

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Ketua Umum merangkap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan anggota PKR supaya menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat.

Beliau berucap demikian pada sambutan Hari Kebangsaan di Taman Sawit, Balung dekat Tawau, Sabah hari ini.

Anwar dipetik berkata, anggota parti perlu memahami bahawa parti itu bukan hanya untuk golongan atasan, sebaliknya parti yang memperjuangkan dan membela nasib rakyat.

“Ini parti perjuangan yang ditubuhkan oleh rakyat.”

“Rakyat tepi jalan yang banyak menyokong kita (iaitu) anggota yang susah dan daif dan juga orang muda.”

“Sebab itu kita perlu jadi orang yang mendokong perjuangan parti dengan sebaiknya.”

Anwar berkata rakyat memerlukan pimpinan parti yang amanah dalam perjuangan membela nasib rakyat dan bukan untuk menyokong pemimpin yang “mengkayakan” diri sendiri.

Selain itu, beliau juga menyelar insiden yang berlaku ketika pemilihan e-undi yang dilangsungkan di Pulau Pinang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts