TMJ SELAR MUFTI SABAH

379
SHARES
2.2k
VIEWS

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar saranan yang dibuat oleh Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar kelmarin, yang tidak bersetuju had umur minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun.

Aziz dipetik berkata, umur dibenarkan untuk berkahwin sepatutnya bersesuaian dengan hukum syarak, iaitu 14 tahun bagi remaja perempuan dan 16 tahun bagi lelaki.

Namun Tunku Ismail menyelar saranan Mufti Sabah tersebut yang dimuat naik dalam laman Twitter rasminya. Tunku Ismail bertitah, perkara tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali dan turut memberi maklum balas terhadap komen yang diutarakan netizen.

Baginda juga dipetik bertitah akan membawa isu berkenaan ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

“Jadikan umur perkahwinan untuk kanak-kanak perempuan kepada 14 tahun sebagai sah? Apa yang sedang berlaku di negara ini? Ini betul-betul gila.”

“In sya-Allah. Saya rasa isu ini akan dibawa ke Majlis Raja-Raja. Banyak lagi isu yang akan dibawa.”

“Saya tidak mempunyai kuasa di negeri lain. Saya hanya boleh berkongsikan pandangan tetapi di Johor perkara ini tidak akan berlaku.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts