BPA DITUKAR STATUS KEPADA OMBUDSMAN MALAYSIA

387
SHARES
2.3k
VIEWS

Ombudsman juga akan menjadi badan bebas dan tidak akan diletakkan bawah mana-mana kementerian dan Akta Ombudsman juga akan digubal bagi pengurusan aduan yang lebih efektif.

“Tugas (Ombudsman) terhad kepada memastikan jabatan kerajaan tidak menyeleweng atau terlibat rasuah.”

“Orang ramai boleh meminta pembetulan daripada agensi terlibat.”

“Jika gagal, boleh pergi ke Ombudsman.”

Ia diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai antirasuah (JKKMR) di Putrajaya hari ini.

Turut menyertai sidang media adalah Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Ketua Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts