SAYA MAAFKAN, TETAPI TIADA KOMPROMI JIKA RASUAH – ANWAR

382
SHARES
2.2k
VIEWS

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat oleh Tun Mahathir pada tahun 1998, bertegas sekiranya ada dalam kalangan pemimpin UMNO yang ingin menyertai PKR, mereka tidak akan terlepas dari siasatan sekiranya terlibat dalam rasuah sebelum ini.

Selain itu, Anwar berkata, latar belakang dan rekod perkhidmatan mereka akan ditapis sebelum dibolehkan untuk menyertai PKR.

“Ia bergantung siapa, apa kontroversinya, dan perkara mencurigakan yang mereka terlibat pada masa lalu.”

Bekas Timbalan Presiden UMNO itu berkata beliau sanggup memaafkan segala penghinaan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya pada masa lalu oleh para pemimpin itu namun beliau tidak akan berkompromi mengenai isu rasuah.

“Saya secara peribadi, saya akan memaafkan.”

“Apa yang mereka bidas, hina, saya boleh lupa dan maafkan. Tetapi jika ia berkaitan rasuah, mereka perlu jelaskan kepada pihak berkuasa.”

Tentunya pendirian Anwar ini ditakuti oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir kerana Anwar berkata beliau tidak berdendam dan boleh maafkan penganiayaan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Tun Mahathir terhadap beliau selama ini, tetapi dalam masa yang sama beliau bertegas tidak akan berkompromi dengan rasuah.

Sebelum ini Anwar sering mendedahkan mengenai kekayaan anak-anak dan kroni Tun Mahathir dalam ceramah-ceramahnya.

Sebagai rekod, dalam masa kurang daripada 24 jam, UMNO kehilangan dua bekas menteri iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman yang meninggalkan UMNO dan wujud spekulasi lebih ramai Ahli Parlimen dan ADUN akan menyusul.

Adakah ini antara tindakan yang diambil oleh kem Tun Mahathir untuk mengekang kemaraan Anwar yang sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan, walaupun janji telah dimeterai bersama pemimpin Pakatan Harapan sebelum PRU-14?

Ini diperkuatkan dengan kata-kata Tun Mahathir iaitu “manifesto bukanlah kitab suci”. Tun Mahathir tidak wajar dan berdosa sekiranya tidak menunaikan janji untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri kerana sudah cukup lama beliau menganiaya Anwar dan keluarganya sejak 20 tahun lepas.

Semoga percaturan politik antara dua pemimpin ini tidak memberi implikasi buruk terhadap rakyat dan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts