KU LI: PIMPINAN UMNO WAJAR PASTIKAN PEMIMPIN KEKAL DALAM PERJUANGAN

365
SHARES
2.1k
VIEWS

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau masih ada keyakinan yang tinggi terhadap UMNO yang masih dalam fasa pemulihan, di sebalik tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti itu malam tadi.

Beliau menyeru agar kepimpinan parti memastikan pemimpin-pemimpin sedia ada dalam UMNO agar kekal bersama dalam perjuangan, mendengar suara rakyat dan mereka sendiri perlu sedia untuk berubah.

Baca: Terkini, Anifah Aman pula keluar UMNO

Walaubagaimanapun, beliau yang mesra dengan panggilan Ku Li percaya perubahan dalam parti adalah sesuatu yang sangat diperlukan dan UMNO. UMNO juga menurut beliau adalah sebuah parti yang lama dan telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang mencorak sejarah pembinaan negara. 

“UMNO perlulah belajar daripada kesilapan, kita tidak selalunya betul.”

“Dalam demokrasi, itu adalah hak beliau sekiranya beliau tidak lagi bersama dengan kepimpinan parti.”

“Apa yang perlu dilakukan oleh kepimpinan parti ialah pastikan pemimpin-pemimpin sedia ada kekal bersama dalam perjuangan, dengar suara rakyat dan berubahlah.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts