TERKINI, ANIFAH AMAN PULA KELUAR UMNO

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Berita yang diterima sebentar tadi mengesahkan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta, kurang 24 jam dari pengumuman keluar parti oleh Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa seperti yang dilaporkan di portal Utusan Malaysia.

Keputusan Anifah itu mengurangkan jumlah Ahli Parlimen UMNO di Dewan Rakyat kepada hanya 49 di belakang PKR yang secara automatik menjadi parti terbesar di Parlimen ketika ini dengan jumlah 50 Ahli Parlimen.

Sebelum ini tiga wakil rakyat UMNO iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Faisal dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali telah meninggalkan parti.

Adakah akan terbukti spekulasi bahawa selepas ini akan ada lebih ramai Ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti dalam masa terdekat, untuk menyertai kem pilihan masing-masing iaitu kem Tun Mahathir ataupun kem Anwar?

Apa yang pasti kini Ahli Parlimen UMNO ‘laku’ direbut oleh ahli politik yang hendak menjadi Perdana Menteri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts