RAZLAN RAFII: MUSTAPA, LETAK JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN

373
SHARES
2.2k
VIEWS

Susulan kenyataan akhbar mengenai keputusannya keluar UMNO, bekas Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed digesa agar melepaskan jawatan sebagai Anggota Parlimen Jeli.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii membuat gesaan tersebut sekiranya Mustapha yang lebih dikenali sebagai Tok Pamasih memiliki maruah dan berprinsip, yang ditegaskannya dalam satu sidang media.

“Apa yang Tok Pa lakukan hari ini merupakan perkhianatan kepada kepercayaan parti.”

“Beliau berkata tentang rejuvenasi parti walhal beliau yang seorang tua, sekian lama menjadi pemimpin parti, juga bertanding pada PRU yang lepas. Lepas tu bertanding lagi sebagai ketua Bahagian dan bertanding juga sebagai MT (Majlis Tertinggi Umno).”

“Kalau ada maruah, sila letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Jeli, sebagai manusia yang ada maruah dan berprinsip.”

Beberapa jam sebelum ini, Mustapa membuat kenyataan media untuk keluar parti setelah memerhatikan lanskap politik negara, hala tuju UMNO dan BN serta masa depan negara.

Terdapat juga desas-desus beliau akan melompat parti kerana beliau dkenali sebagai rakan baik Tun Daim Zainuddin yang kini bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam merencanakan negara pasca PRU-14.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts