KUNJUNGAN XI JINPING KE RUSSIA

340
SHARES
2k
VIEWS

Perbincangan antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping telah diadakan di Vladivostok, Kesatuan Russia pada 11 September lepas. Rundingan tersebut yang dijalankan dalam format terhad dan kemudian diteruskan dengan penyertaan delegasi kedua-dua negara, meliputi kerjasama dua hala dan perkara-perkara utama antarabangsa.

Melalui perbincangan tersebut, ketua  kedua-dua negara menghadiri upacara pertukaran dokumen yang ditandatangani semasa lawatan kerja Xi Jinping ke sana. Antara dokumen yang ditandatangani ialah memorandum mengenai penubuhan Majlis Perniagaan Timur Jauh dan Rantau Baikal Rusia serta Timur Laut China.

Selain itu pertemuan tersebut adalah bagi menggabungkan kerjasama serantau antara Russia dan China, termasuk pengeluaran dan pelaburan Rusia-Timur di Timur Jauh serta program untuk pembangunan perdagangan, ekonomi dan pelaburan Rusia-China di Timur Jauh Rusia pada 2018-2024.

Turut ditandatangani dalam pertemuan tersebut adalah dokumen kerjasama antara Jawatankuasa Olimpik Rusia dan China serta antara Agensi Maklumat Antarabangsa Rossiya Segodnya dan China Media Group serta perjanjian antara Far Eastern Federal University dan Akademi Sains Sosial China demi untuk menubuhkan pusat kajian Russia dan China.

Di samping itu, perjanjian pinjaman antara Vnesheconombank dan China Development Bank atas pemberian sehingga 12 bilion yuan dan satu perjanjian mengenai hak peserta dalam syarikat KAMAZ Weichai turut ditandatangani.

Presiden Vladimir Putin dan Presiden Xi Jinping juga membuat kenyataan untuk pihak media. Berikut adalah kenyataan Putin yang disiarkan di laman Facebook Kedutaan Russia;

Dengan hormat izinkan saya mulakan dengan mengalu-alukan kedatangan anda semua ke Vladivostok. Kami berasa gembira kerana anda berkesempatan untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur.

China datang ke Vladivostok dengan jumlah perwakilan yang ramai dan delegasi terbesar, iaitu hampir seribu orang. Ini dapat difahami, memandangkan skop hubungan (yang mesra) antara kedua-dua negara, termasuk perdagangan.

Malah, perdagangan tahun lepas antara Rusia dan China adalah bersamaan dengan $87 bilion, dan kemungkinan besar mencecah sehingga $100 bilion tahun ini. Jumlah ini bertambah melebihi 30 peratus.

Kami juga telah mengukuhkan hubungan saling percaya merangkumi aspek politik, keselamatan dan pertahanan. Kami juga sedar bahawa anda sendiri terlibat secara langsung dalam usaha untuk mempromosikan hubungan Russia-China.

Kita akan kekalkan hubungan yang baik ini. Saya juga berbesar hati untuk mengalu-alukan anda semua ke negara kami, Russia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts