MASZLEE MALIK TELAH MERAMALKAN BELIAU AKAN MUNAFIK SEJAK 2013?

372
SHARES
2.2k
VIEWS

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang enggan meletakkan jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) walaupun sebelum ini beliau sendiri menyatakan tidak akan ada jawatan di universiti yang dilantik dari kalangan orang politik, mendapat kecaman ramai termasuk dari mahasiswa, netizen dan pemimpin Pakatan Harapan sendiri.

Beliau memungkiri kata-kata beliau sendiri dan sekiranya beliau mengatakan perkara tersebut bukan sebagai berjanji maka adakah beliau berbohong?

Selain itu, melalui laman Facebook beliau bertarikh 28 Disember 2013, Maszlee membuat satu siaran (posting) yang seolah-olah meramalkan apa yang akan berlaku ke atas dirinya walaupun niat sebenar beliau mungkin untuk menyindir seseorang.

Walabagaimanapun siaran tersebut telah dipadamkan oleh Maszlee setelah mendapat kecaman hebat oleh netizen namun sempat dibuat ‘screenshot’  yang disiarkan di laman web ttkm.com.my dan berikut adalah siaran beliau tersebut;

Munafik itu sangat pandai berkata-kata, sangat pandai bermuka-muka, dan licik mempergunakan segala peluang yang ada untuk menonjolkan dirinya…

Hakikatnya, dia tidak sangkakan yang ramai telah mengetahui tentang hakikat diri kemunafikannya walaupun yg ramai itu berlagak naif.

Akhirnya sang munafik akan jatuh kerana kelicikan dirinya sendiri

Menurut tulisan beliau di atas yang telah dipadamkan kerana dikecam oleh netizen berikutan keengganan beliau melepaskan jawatan, dengan jelas menunjukkan apa yang beliau sendiri sedang lakukan ketika ini iaitu;

  1. Beliau pandai berkata-kata apabila menyatakan sebelum ini bahawa tiada ahli politik akan dilantik di universiti, sebaliknya kini beliau membenarkan dirinya dilantik sebagai Presiden UIAM
  2. Beliau pandai bermuka-muka dengan memberi alasan beliau dilantik oleh DYMM Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, dengan nasihat Perdana Menteri
  3. Beliau licik mempergunakan segala peluang yang ada ketika ini untuk menonjolkan dirinya setelah dilantik menjadi Menteri Pendidikan dan kini berpeluang menjadi Presiden UIAM
  4. Maszlee juga tidak menyangkakan masyarakat hari ini telah mengetahui tentang pembohongan beliau yang beliau istilahkan sendiri sebagai ‘munafik’ dan ramai pemuja beliau berlagak naif dan seolah-olah bersetuju dengan lantikan luar biasa tersebut
  5. Maszlee akhirnya meramalkan kejatuhan beliau kerana kelicikannya sendiri, yang masih belum berlaku namun kini rakyat telah tau hakikat siapa beliau sebenarnya

Seperti saranan Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Maszlee mempunyai pilihan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan sekiranya ingin menghormati pelantikan oleh DYMM Sultan Pahang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts